Malam Mencerap Bulan Antarabangsa- 18 September 2010

Wednesday, September 15, 2010


Copied from : Falak Online


Agak-agaknya bila kali terakhir anda betul-betul meneliti permukaan Bulan menerusi Teleskop? Saya sendiri terpaksa mengakui, terlalu obses dengan mengambil foto-foto Bulan, sehingga terlupa untuk meninjau-ninjau keadaan permukaan kawah-kawah dan gunung-ganang yang menjulang tinggi di Bulan!

Nama-nama kawah seperti Copernicus, Plato sering menjadi sebutan di forum-forum internet serta laman web astrofotografi, tetapi pernahkah anda betul-betul meninjaunya dengan mata sendiri menerusi teleskop?

Kehadiran Bulan di langit juga kadang-kadang diambil endah tak endah atau "take things for granted". Saat paling popular pun ialah ketika mengejar Hilal, Bulan Penuh, atau Bulan Merah di ufuk, ataupun MARIKH SEBESAR BULAN!!

Tapi percaya atau tidak, walaupun di mana kitra berada, tidak kira di bandar besar atau di desa, Bulan begitu cerah sehingga kilauan cahaya yang menenggelamkan bintang, tidak mempunyai kesan terhadap jasad Bulan itu sendiri.

Oleh itu, tidak hairanlah pada 18 September 2010 ini (Sabtu ini), telah diisytiharkan sebagai "International Observer The Moon Night". Ia dianjurkan oleh beberapa unit yang terlibat dengan NASA, seperti dari projek Lunar Reconnaissance Orbiter mission, Lunar Science Institute, Lunar dan Planetary Institute, and Lunar Quest.

Selain dari itu, Astronomy Without Borders pun turut menjadi pengajur bersama di dalam aktiviti global ini.

Apa yang akan berlaku pada malam tersebut?

Jika anda mempunyai teleskop sendiri, pacaklah teleskop tersebut di halalah ke Bulan. Ajaklah rakan-rakan, teman sekampung, sedara-mara , Pak Andak, Ah Chong, Ramasamy, Mek Mas dan sesiapa sahaja yang berada berhampiran untuk sama-sama menikmati keindahan Bulan secara dekat!

Jangan lupa bawa sekali peta Bulan dan tunjukkan kawasan permukaan yang boleh menarik perhatian umum.

Aktiviti ini akan berlaku secara serentak seluruh dunia dan berterusan sepanjang tarikh 18 September ini. Bawalah sekali kamera dan rakamlah aktiviti yang dibuat dan kongsilah bersama-sama di sini.

Tunjuklah kepada masyarakat, betapa indah dan hebatnya objek bernama Bulan ini.

Jom Teropong... Bulan!

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP