FENOMENA CAKERAWALA OKTOBER 2005

Monday, December 13, 2010

FENOMENA CAKERAWALA OKTOBER 2005

OLEH: NOR AZAM MAT NOOR (Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera, USM)

Rajah 1: Peta bintang yang menunjukkan suasana langit pada waktu malam tepat pada jam 12 tengah malam, 15 Oktober 2005 di Kuala Lumpur . Buruj Scorpius dan pusat Bima Sakti masih lagi jelas kelihatan di langit pada waktu tengah malam pada pertengahan bulan ini. Jaluran Bima Sakti terutama terasnya memang mengagumkan ramai pencerap. Bagi bulan Oktober 2005, kedudukan telah berubah dengan ketara sepertimana yang dapat dilihat dalam carta bintang sebelumnya iaitu carta bintang September 2005. Kedudukan jasad cakerawala yang dipaparkan dalam carta ini adalah baik untuk sepanjang bulan Oktober sahaja. Kelihatan di sini ialah garisan ekliptik yang menjadi satah laluan 12 buah buruj (zodiak) di langit.

Panduan penggunaannya adalah dengan memusing carta tersebut sehingga ufuk di atas carta adalah sama dengan ufuk yang dihadapi oleh pencerap. Oleh itu, mana-mana bintang yang berada di atas ufuk dan juga zenit (atas kepala pemerhati) sepatutnya akan sama jika semua posisi utara, selatan, timur dan barat adalah bersamaan dengan pandangan pencerap. Setiap satu carta bintang boleh digunakan selama dua bulan tetapi terdapat sedikit perubahan berdasarkan hari dan waktu-waktu yang tertentu. Oleh itu, sila pastikan supaya penggunaan carta bintang hanya sesuai dengan bulan yang dinyatakan sahaja untuk memperolehi kejituan dalam setiap pencerapan.

Diari Langit Sepanjang Oktober

Jadual 1. Kedudukan cakerawala Oktober.

HARI

MASA

BURUJ

CAKERAWALA

HARI

MASA

BURUJ

CAKERAWALA

Pertama

02:10

Leo

Bulan di 7.3° selatan bintang Regulus

Ke-17

20:00

Pisces

Gerhana Bulan di Asia Tenggara

Ke-3

18:37

Virgo

Gerhana Matahari di Afrika

Ke-17

20:13

Pisces

Bulan purnama

Ke-3

18:27

Virgo

Bulan baru

Ke-17

02:33

Ophiuchus

Zuhrah di 1.6° utara bintang Antares

Ke-4

22:04

Virgo

Utarid di 1.2° utara Bulan

Ke-19

19:25

Aries

Marikh di 4.5° selatan Bulan

Ke-4

15:57

Virgo

Utarid di 2.1° utara bintang Spica

Ke-20

11:53

Taurus

Bulan di 0.4° selatan Pleiades

Ke-4

21:26

Virgo

Bulan di 0.8° utara bintang Spica

Ke-22

05:42

Orion

Hujan meteor Orionid

Ke-5

01:15

Virgo

Musytari di 2.3° utara Bulan

Ke-24

17:31

Gemini

Bulan di 2.0° selatan bintang Pollux

Ke-6

15:01

Virgo

Utarid di 1.5° selatan Musytari

Ke-25

09:16

Cancer

Bulan suku akhir

Ke-7

13:11

Libra

Zuhrah di 1.6° utara Bulan

Ke-25

19:00

Cancer

Bulan di 3.0° utara Beehive/Praesepe

Ke-8

07:48

Scorpius

Bulan di 0.6° utara bintang Antares

Ke-25

23:14

Cancer

Zuhal di 4.4° selatan Bulan

Ke-11

03:00

Sagittarius

Bulan suku awal

Ke-27

17:24

Leo

Bulan di 3.0° utara bintang Regulus

Jadual 1 menunjukkan kedudukan jasad-jasad cakerawala di sepanjang bulan Oktober. Masa yang dicatatkan adalah masa tempatan sebenar fenomena ini berlaku. Perlu diambil perhatian bahawa tidak semua fenomena berlaku pada waktu malam malah ada yang berlaku di bawah ufuk Kuala Lumpur . Namun, ini adalah penyenaraian (listing) rasmi gejala kelangitan menurut efemeris. Bagi semua pencerap, sila ambil perhatian terhadap waktu yang dinyatakan dalam jadual ini kerana lazimnya waktu yang sesuai untuk cerapan bermula sebaik terbenam matahari (19:00) hingga menjelang subuh (06:00).

Efemeris Marikh di bulan Oktober

Jadual 2 adalah data efemeris yang memperincikan kedudukan Marikh untuk sepanjang hari di bulan Oktober. Jadual efemeris ini menyatakan maklumat azimuth (bering kompas), tinjah (tinggi), Right Ascension (darjah RA berpandukan peta bintang iaitu 1 jam RA adalah bermula dari kanan peta hinggalah 24 jam RA di kiri sekali), Deklinasi (posisi objek di atas peta bintang, jika 0 darjah bermakna objek berkenaan berada di atas khatulistiwa langit di mana khatulistiwa langit bertindihan dengan khatulistiwa bumi) dan Buruj (laluan orbit objek iaitu planet berkenaan di atas buruj di sepanjang ekliptik).

Jangan lepaskan peluang untuk mencerap planet Marikh di sepanjang bulan Oktober memandangkan ia akan semakin cerah dan besar menjelang akhir Oktober ini. Menurut data efemeris, ketinggian planet Marikh semakin tinggi dari hari ke hari dan pada akhir Oktober, ia akan berada tepat di atas kepala pencerap. Data efemeris ini sangat penting bagi menentukan kedudukan sebenarnya di langit. Kaedah penganggaran secara kasar dengan tangan anda bolehlah digunakan untuk mengukur tinjah planet Marikh ini berada setiap hari sebagai salah satu kaedah kalibrasi sepertimana yang telah dijelaskan dalam keluaran Julai yang lalu. Bagi pencerap yang menggunakan teleskop, planet Marikh akan kelihatan sebagai satu titik merah yang bersinar terang di langit malam dan inilah detik yang begitu menyeronokkan dalam bidang astrofotografi sebagai satu disiplin yang menuntut kesabaran yang tinggi dalam merakamkan objek-objek langit.

Jadual 2. Data efemeris bagi Marikh, 1 hingga 31 Oktober 2005.

TARIKH / MASA

AZIMUTH

TINJAH

RIGHT ASCENSION

DEKLINASI

BURUJ

1/10/2005 0:00

74°

29°

3j 26m 05.2s

16° 26' 55"

Taurus

2/10/2005 0:00

74°

29°

3j 26m 06.3s

16° 28' 48"

Taurus

3/10/2005 0:00

74°

30°

3j 26m 03.8s

16° 30' 32"

Taurus

4/10/2005 0:00

74°

31°

3j 25m 57.6s

16° 32' 06"

Taurus

5/10/2005 0:00

74°

32°

3j 25m 47.6s

16° 33' 29"

Taurus

6/10/2005 0:00

74°

33°

3j 25m 33.9s

16° 34' 44"

Taurus

7/10/2005 0:00

74°

34°

3j 25m 16.5s

16° 35' 48"

Taurus

8/10/2005 0:00

73°

35°

3j 24m 55.4s

16° 36' 42"

Taurus

9/10/2005 0:00

73°

36°

3j 24m 30.6s

16° 37' 27"

Taurus

10/10/2005 0:00

73°

37°

3j 24m 02.1s

16° 38' 02"

Aries

11/10/2005 0:00

73°

39°

3j 23m 30.0s

16° 38' 28"

Aries

12/10/2005 0:00

73°

40°

3j 22m 54.3s

16° 38' 44"

Aries

13/10/2005 0:00

73°

41°

3j 22m 15.1s

16° 38' 50"

Aries

14/10/2005 0:00

72°

42°

3j 21m 32.4s

16° 38' 47"

Aries

15/10/2005 0:00

72°

43°

3j 20m 46.3s

16° 38' 34"

Aries

16/10/2005 0:00

72°

44°

3j 19m 56.8s

16° 38' 12"

Aries

17/10/2005 0:00

72°

45°

3j 19m 04.0s

16° 37' 40"

Aries

18/10/2005 0:00

72°

46°

3j 18m 08.0s

16° 36' 59"

Aries

19/10/2005 0:00

71°

48°

3j 17m 09.0s

16° 36' 08"

Aries

20/10/2005 0:00

71°

49°

3j 16m 06.8s

16° 35' 08"

Aries

21/10/2005 0:00

71°

50°

3j 15m 01.8s

16° 33' 59"

Aries

22/10/2005 0:00

70°

51°

3j 13m 54.0s

16° 32' 41"

Aries

23/10/2005 0:00

70°

52°

3j 12m 43.4s

16° 31' 14"

Aries

24/10/2005 0:00

69°

53°

3j 11m 30.4s

16° 29' 38"

Aries

25/10/2005 0:00

69°

55°

3j 10m 15.0s

16° 27' 54"

Aries

26/10/2005 0:00

68°

56°

3j 08m 57.3s

16° 26' 01"

Aries

27/10/2005 0:00

68°

57°

3j 07m 37.5s

16° 24' 01"

Aries

28/10/2005 0:00

67°

58°

3j 06m 15.9s

16° 21' 53"

Aries

29/10/2005 0:00

67°

60°

3j 04m 52.6s

16° 19' 38"

Aries

30/10/2005 0:00

66°

61°

3j 03m 27.8s

16° 17' 17"

Aries

31/10/2005 0:00

65°

62°

3j 02m 01.7s

16° 14' 49"

Aries

Gerhana Matahari dan Bulan Oktober 2005

Salah satu fenomena menarik yang tidak harus dilepaskan dalam bulan Oktober ialah gerhana bulan yang akan berlaku pada 17 Oktober bersamaan 13 Ramadhan 1426 di Malaysia . Rajah 3 menjelaskan bagaimana gerhana bulan berlaku manakala Rajah 5 menunjukkan satu pandangan gerhana dari angkasa lepas. Jadual 3 adalah senarai penuh gerhana bulan yang berlaku dari tahun 2002 hingga 2008. Terdapat empat siri gerhana bulan berlaku dalam bulan Ramadhan dan tiga siri yang berlaku dalam bulan Sya’ban.

Gerhana bulan yang berlaku di Malaysia adalah bermula pada jam 7.32 malam apabila bulan mula memasuki penumbra, pertengahan gerhana pada jam 8.00 malam ketika ia menyentuh pusat bayang (umbra) dan berakhir sepenuhnya pada jam 10.10 malam sebaik saja bulan meninggalkan penumbra. Gerhana bulan yang berlaku adalah gerhana separa dan sedikit sahaja laluannya akan memasuki zon umbra, oleh itu apa yang dapat dilihat oleh pencerap ialah warna bulan yang sedikit gelap di bahagian bawahnya. Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba membuat pemerhatian terhadap masa berlaku dan masa berakhirnya gerhana, adakah tepat menurut simulasi dalam Rajah 2 di bawah. Satu catatan dengan buku log perlu disediakan untuk tujuan pemerhatian ini. Bandingkan catatan dengan rakan-rakan yang lain.

Rajah 2: Laluan orbit bulan yang memasuki bayang luaran (penumbra) dan bayang dalaman (umbra).

Rajah 3: Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Sinar matahari akan dihalang oleh bumi dari mengenai permukaan bulan. Pada ketika ini satah orbit bulan berada pada kedudukan yang tepat pada arah bayangan bumi maka zon bayangan bumi yang terdiri dari bayang luaran (penumbra) dan bayang dalaman (umbra) akan menghasilkan warna yang berbeza iaitu merah ketika umbra dan keperangan ketika penumbra.

Jadual 3: Senarai Gerhana Bulan 2002 – 2008

TAHUN

BULAN

HARI

MASA (WPM)

JENIS

SAROS

TEMPOH

HIJRAH

2002

Nov

20

9:46

N

116

-

14 Ramadhan 1423

2003

Mei

16

11:40

T

121

97m

14 R.Awal 1424

2003

Nov

9

9:18

T

126

106m

14 Ramadhan 1424

2004

Mei

5

16:30

T

131

102m

14 R.Awal 1425

2004

Okt

28

11:04

T

136

110m

13 Ramadhan 1425

2005

Apr

24

17:55

N

141

-

14 R.Awal 1426

2005

Okt

17

20:03

P

146

29m

12 Ramadhan 1426

2006

Mac

15

7:47

N

113

-

13 Safar 1427

2006

Sep

8

2:51

P

118

46m

13 Sya'ban 1427

2007

Mac

4

7:21

T

123

111m

13 Safar 1428

2007

Ogo

28

18:37

T+

128

106m

14 Sya'ban 1428

2008

Feb

21

11:26

T

133

103m

13 Safar 1429

2008

Ogo

17

5:10

P

138

94m

14 Sya'ban 1429

* WPM: Waktu Piawai Malaysia atau UT + 8 jam

Rajah 4: Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara bumi dan matahari. Sinar matahari akan dihalang oleh bulan dari mengenai permukaan bumi. Pada ketika ini satah orbit bulan berada pada kedudukan yang tepat dengan bumi maka zon bayangan bulan yang terdiri dari bayang luaran (penumbra) dan bayang dalaman (umbra) akan menghasilkan kawasan gerhana separa dan juga gerhana penuh di bumi. Gerhana separa lazimnya terjadi apabila bayang luaran mengenai mana-mana tempat di atas permukaan bumi manakala gerhana penuh berlaku apabila titik pusat bayang dalaman (umbra) menuju terus ke arah bumi.

Gerhana matahari yang turut berlaku di awal bulan Oktober sebenarnya tidak dapat dilihat di Malaysia . Hanya negara-negara di benua Afrika sahaja yang akan dapat menyaksikannya sebagai gerhana penuh suria. Penduduk Arab Saudi akan hanya menyaksikan gerhana matahari separa sahaja. Apa pun, gerhana bulan dan matahari sepatutnya dijadikan satu renungan dan iktibar terhadap kebesaran Maha Pencipta yang mengaturkan perjalanan alam semesta menurut satu hukum yang mempunyai nilai-nilai empiris yang ditemui dan dihitung oleh manusia. Jadual 4 menunjukkan gerhana matahari yang berlaku sebanyak 4 kali dalam bulan Ramadhan dan juga Sya’ban untuk selama lapan tahun berturut-turut.

Jadual 4: Senarai Gerhana Matahari Seluruh Dunia 2000 – 2007

TAHUN

BULAN

HARI

MASA (UT)

JENIS

LAT

LONG

TEMPOH

HIJRAH

2000

Dis

25

17:35

P

66.3U

74.1B

-

28 Ramadhan 1421

2001

Jun

21

12:04

T

11.3S

2.7T

04m57s

28 R.Awal 1422

2001

Dis

14

20:52

A

0.6U

130.7B

03m53s

28 Ramadhan 1422

2002

Jun

10

23:44

A

34.6U

178.6B

00m23s

28 R.Awal 1423

2002

Dis

4

7:31

T

39.5S

59.6T

02m04s

28 Ramadhan 1423

2003

Mei

31

4:08

A

66.4U

24.7B

03m37s

29 R.Awal 1424

2003

Nov

23

22:49

T

72.7S

88.4T

01m57s

28 Ramadhan 1424

2004

Apr

19

13:34

P

61.6S

44.3T

-

28 Safar 1425

2004

Okt

14

2:59

P

61.2U

153.6B

-

29 Sya'ban 1425

2005

Apr

8

20:36

H

10.6S

119.0B

00m42s

28 Safar 1426

2005

Okt

3

10:32

A

12.9U

28.7T

04m32s

28 Sya'ban 1426

2006

Mac

29

10:11

T

23.2U

16.7T

04m07s

28 Safar 1427

2006

Sep

22

11:40

A

20.7S

9.1B

07m09s

28 Sya'ban 1427

2007

Mac

19

2:32

P

61.0U

55.4T

-

29 Safar 1428

2007

Sep

11

12:31

P

61.0S

90.3B

-

28 Sya'ban 1428

* UT: Universal Time atau WPM – 8 jam

Rajah 5: Pandangan dari angkasa lepas menunjukkan bagaimana gerhana matahari pada 3 Oktober 2005 berlaku ke atas permukaan bumi (kiri) manakala pandangan yang sama juga menunjukkan bagaimana gerhana bulan berlaku di bahagian belakang bumi (kanan). Ini memahamkan kepada kita bahawa arah sinaran cahaya matahari sangat mempengaruhi kedua-dua kejadian gerhana. Bagi gerhana matahari, bayangan bulan (moon shadow) akan menimpa ke atas permukaan bumi. Selaku bumi ini bergerak di atas paksi maka akan terdapat satu laluan pusat bayang gerhana (umbra) dari satu negara ke satu negara di benua Afrika yang lain. Gerhana bulan boleh dilihat di kebanyakan negara Asia Tenggara yang mengalami waktu malam pada 17 Oktober 2005.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP