Saya benci ayah!

Tuesday, January 18, 2011

Saya benci ayah!
Benci!
Saya benci ayah!

Kata-kata yang yidak disangka keluar dari mulut seorang kawan.

Saya bertanyakan kawan saya, mengapa sanggup hembuskan kata-kata seperti itu.

Setelah mendapat penerangan, ada juga kebenaran tindakan mulutnya. Ada yang saya bersetuju.

Ceritanya, beberapa Khamis lepas. Semasa di dalam kelas, kawan saya itu mendapat panggilan telefon daripada ayahnya supaya segera berkemas. Ayahnya akan datang ambil pada hari sabtu. Sila uruskan borang-borang dengan jabatan dengan segera.

Kawan saya itu telah dipaksakan ayahnya supaya keluar UIA untuk ke SPA, Medical Assistant.

Kawan saya sempat bercerita. Kakaknya dahulu pelajar tahun akhir sebuah IPTA. Telah dikeluarkan ayahnya ke tempat pengajian swasta. Kakaknya hanya bertahan 10 hari sahaja di sana dan terus keluar kerana banyak tekanan. Akhirnya sekarang hanya bekerja bergantung sijil SPM semata-mata.

Alhamdulillah, ayah saya tidak sebegitu. Ayah saya saya tidak pernah membuat keputusan untuk saya. Ayah saya hanya menceritakan baik buruk akan pilihan saya. Ayah saya mencontrastkan dan comparekan apa yang saya mahu buat.

Saya ke Maahad Muhammadi adalah kehendak saya sendiri, walaupun ayah pada awalnya mahu menghantar saya ke Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Itupun saya tahu selepas diceritakan Mama setelah hampir 15 tahun perkara itu.

Saya ke DQ, UIA PJ dan pindah ke UIA Nilai. Itu semua keputusan saya sendiri. Ayah hanya memberikan panduan dan menggalakkan saya berfikir baik buruk dan skala pendek dan panjang tindakan saya. Jika saya gagal, Ayah saya antara orang pertama yang menyuntik semangat.

Saya tidak suka tindakan seperti ayah kawan saya itu. Amat tidak patut memaksa masa depan anak.

Kawanku tersebut, aku doakan kamu selamat di sana.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP