BUKU : Sistem Pemerintahan Negara Islam- TGAH
PERKEMBANGAN ilmu pengetahuan yang diambil oleh Barat daripada Islam yang mencetuskan kemajuan Sains dan Teknologi, disusuli dengan berlakunya revolusi industri dimana ahli-ahli agama mengambil sikap yang negatif terhadap perkembangan ilmu itu. Akhirnya mereka mengambil keputusan memisahkan agama dengan urusan dunia, maka lahirlah ajaran yang dinamakan SEKULARISME.
Kita seharusnya memahamami bahawa perkara pemerintahan dan politik yang menjadi keperluan manusia itu merupakan sebahagian daripada ajaran Allah yang bernama Islam dan menjadi satu juzuk yang tidak boleh dipisahkan daripadanya, sehinggalah fahaman ini menjadi teguh ditanam ke dalam diri umat Islam, kerana ianya sabit secara nyata di dalam nas-nas al-Quranul Karim, sunnah Rasulullah s.a.w. secara qauli dan amali seterusnya disambung oleh para sahabat r.a.h. ditegaskan pula oleh para ulama' muktabar secara lisan dan tulisan. Pandangan juga pendapat yang memisahkan agama dengan politik dan pemerintahan adalah satu penyelewengan yang tersisih jauh daripada Islam. Kerana bukan sahaja dari segi kenyataan nas tetapi menjadi sebahagian daripada keperluan melaksanakan syariah Islam dan menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.
Demikianlah antara lain yang dijelaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam bukunya "Sistem Pemerintahan Negara Islam". Buku ini diolah untuk tatapan para pembaca yang masih ragu berhubung dengan pandangan Islam terhadap politik dan pemerintahan.
sumber: Google Books
0 Komen:
Post a Comment