Ibrahim 24 : Kefahaman Berdalil
Hari ini, hidup kita dalam zaman serba canggih. Internet, fon genggam, sms, elarti, monorel seakan tidak dapat dipisahkan bagi warga kota. Bagi warga kampung, juga tidak terlepas, alat2 moden seperti fon gengam, gajet jalur lebar tanpa wayar seakan menjadi kewajipan. Facebook juga menjadi kegilaan, bukan sahaja warga bandar, malah warga kampung juga sama, terutama anak2 muda. Jangan terkejut jika diberitahu, anak2 semuda 7 tahun sudah pandai ber'Facebook'. Apa yang ditaipnya perihal budak2 sahaja.
Semua perkara di atas adalah tindakan2 daripada manusia2 di segala pelosok wilayah. Apa yang perlu kita tahu, apakah punca/sebab/dasar kepada tindakan mereka? La budda, tidak lain tidak bukan ialah kefahaman.
Kefahaman yang dituntut di sini adalah kefahaman berdalil.
Mungkin juga, boleh digunapakai istilah hujah bersumber. Begitulah hujah yang diterima adalah hujah yang mempunyai sumber yang tepat, tiada unsur sabotaj dan penipuan. Misalnya, dalam kuliah2 universiti, tesis2 mestilah mempunyai sumber yang sah (authentic). Jika dapat dibuktikan tesis itu menyelewang faktanya, walaupun selepas 10 tahun, universiti berhak menarik PhD atau Master individu terlibat. Begitulah pentingnya sumber2 yang benar dalam penyebaran maklumat, lebih2 lagi pula penyebaran perkara2 ilmu, lagilah dituntut.
Dalam Islam, hujah2 yang terawang-awang, adalah tidak diraikan sama sekali. Kerana, sesuatu kata2 atau teori2 yang tidak dapat dapat ditambat pada al-Quran, Sunnah adalah tidak diterima pakai sama sekali. Sebab itu Ijmak dan Qiyas boleh diguna pakai kerana ia bersandar kepada Quran dan Sunnah.
Pokok Kurma |
Kelapa Gading |
Itulah ibarat yang kemas, Kalimah yang baik atau hujah yang baik, akar yang yang tetap utuh seperti akal tunjang dan pucuknya menjulang ke langit. Jika dapat kita lihat, ayat2 ni boleh digambarkan kepada pokok Kurma, pokok Kelapa.
Mengambil realiti Malaysia, pokok kelapa itu pokok serbaguna. Daripada akar hingga ke pucuk, semuanya berguna. Batang kelapa, bila ditebang boleh dibuat titi, itulah titi yang diguna nenek-moyang kita dahulu. Buahnya yang muda, isinya sedap dimakan, airnya lagilah menyelerakan. Bila buah sudah tua, juga berguna, dan lagi banyak guna. Contoh, santan boleh buat gulai, kelapa tua boleh dibuat kerisik, malah kajian mendapati, minyak kelapa dara (virgin coconut oil) amat bermanfaat untuk kesihatan badan dan jantung.{1} Daun kelapa boleh dibuat penyapu lidi.
Itulah dia, pokok yang baik, bermanfaat untuk semua. Begitu juga, bila kefahaman berdalil dengan dalil yang mantap, seseorang insan itu akan berguna pada semua, tidak kira lawan atau kawan sendiri.
Sebab itu, berdasarkan ayat 24 surah Ibrahim, orang Islam mestilah mempunyai pegangan Akidah yang kukuh, yang tidak akan lari walaupun ujian membadai. Ibarat layang2 yang utuh tali, layang2 yang akan menentang arus angin, supaya kelak, ia akan lagi meninggi membelah awan.
Inilah hakikat yang ditunjukkan Allah, bahawa adanya perbezaan antara orang yang berilmu dan yang tidak.
Inilah bukti kelebihan bagi orang yang memiliki ilmu pengetahuan. Jika begitu, dapatlah kita fahami bahawa orang yang memiliki ilmu2 pengetahuan ini adalah orang yang berkelebihan, lebih2 lagi jika pengetahuan mereka itu berdalil dengan dalil2 yang hakiki.
Justeru, sebagai muslim yang waras, perlu kita ingat, diutuskan manusia ke bumi, bukanlah main2, bukanlah tanpa arah tuju. Di utuskan kebumi manusia itu adalah kerana ada tanggungjawab yang besar.
Tugas berat yang dimaksudkan adalah seruan dakwah kepada agama Allah.{2}
Sebagai pengakhiran. Dalam mendepani arus yang mencabar dalam zaman peperangan ilmu dan hujah. Kemantapan hujah itu harus dicari dan dipelajari. Bukan hanya ibarat menunggu ilham itu datang seperti berteleku di tepi tasik dan tepi bukit.{3} Tetapi usaha itu perlu bersungguh dengan mendalamai ilmu yang pelbagai, bukan ilmu yang di dalam skop akademik pengajian kita sahaja.
Sumber :
{1} Khasiat minyak kelapa dara
{2}
Himpunan KERTAS KERJA TARBIYAH - Yahya Haji Othman |
{3}
Ilham Di Tepi Tasik - A Samad Said |
2 Komen:
bagus2.. mohon share ye...
Ur free to shre
Post a Comment