6 Ogos : Aku, al- Quran dan Hiroshima.
Sekarang, 1.15 pagi, 7 ogos 2011. Jika ditolak 22 tahun 5 jam, maka jadilah ia 9.16 mlm 6 Ogos 1989. Tarikh dan waktu aku dilahirkan ke bumi. Sekarang aku berada di sebuah rumah di Kusial Bharu, dirumah inilah aku dilahirkan dulu, disambut oleh bidan kampung. Kadang2 terdetik bangga kerana aku sempat dilahirkan di rumah sedangkan ramai teman2 aku dilahirkan di katil2 hospital. Pada 6 Ogos 2011, aku seorang di diri, menyambut ulang tahun kelahiran ke-22. Terima kasih juga yang menghangtar SMS (lihat senarai penghantar dibawah), terubat juga rindu kerana telah seminggu tidak bertemu Internet.
Sedetik hati berkata, sudah 22 tahun rupanya aku, perasaanya tidak sama dengan apa yang aku rasa pada 6 ogos 2010. Ia amat berlainan, mungkin juga sebetulnya ia dengan bulan Ramadhan, mungkin. Mengikut teori dalam ilmu falak, dalam cabang Tarikh Masihi-Tarikh Hijrah, aku akan sempat menyambut ulang tahun kelahiran Masihi dalam bulan Ramadhan dua kali lagi, kerana setiap 36 tahun, akan genap putaran Tarikh Hijrah dalam Tarikh Masihi. Andai ini Ramadhan Terakhir, maka tidak sempatlah aku bertemu ulang tahun kelahiran di Ramadhan tahun hadapan.
Tadi, petang tadi, terfikir juga, apakah significance aku menyambut kelahiran ke 22 di rumah aku dilahirkan, apakah aku akan dimatikan di sini, entahlah. Itu aku tidak pasti. Impian aku, moga2 tempat semadi aku jauh dari tempat lahirku, mungkin di kampung lain, atau daerah lain, itu sudah memadai. Ingin juga menjadi seperti sahabat2, dan Rasulullah sendiri, lahir di Kota Mekah, dimakamkan di Kota Madinah. Saad bin Abi Waqas, persemadiannya di Kasygar, atau pun Xinjiang, Cina. Ada sahabat yang sejumlah 40 orang kuburnya nun jauh di Russia, menyebar dakwah hingga ke tempat yang sejuk, lahir di bumi panas Hijjaz dan disemadikan di Russia. Bilal Rabah, kuburnya di Damsyiq, Syiria.
Kadang2, aku sendiri dengki dengan mereka yang lahir selepas 19 Oktober 1990. Kerana, mereka yang lahir selepas dan pada tarikh itu, adalah sebuah generasi rakyat Kelantan yang aku sendiri menggelarkan mereka sebagai generasi Karramallahu Wajhah, kerana merekalah generasi yang tidak melihat kedai2 arak terbuka, kedai2 nombor ekor dan kedai judi meluas di Kelantan. Merekalah generasi bertuah, aku amat2 yakin, daripada generasi inilah akan menjadi tonggak kemenangan yang diidamkan ummat. Moga inilah generasi al-Quran yang terbaik abad ini.
6 Ogos 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan. Itulah tarikh penurunan al-Quran. Ada pendapat pada 24 Ramadhan, bersamaan 13 Ogos. Itulah indahnya tarikh yang perlu aku kenang. Kenang bukan sebarang kenang, tapi kenag sebagai panduan. Tiada guna aku jiwa menjaja bersohor tarikh sama dengan Quran diturunkan, tapi tiada guna membuat manfaat daripada Quran. Bukankah Nabi saw berpesan “ Berapa ramai di kalangan kamu yang membaca al-quran, tapi al-Quran melaknatnya”.
6 Ogos, esoknya tentulah 7 Ogos, di akhbar ada berita besar yang diungkit yang berlaku pada 6 Ogos. Ianya bukan kelahiranku, aku bukan siapa2 di mata dunia. Andai aku mati, entah namapun orang tidak ingat. 44 tahun sebelum 1989, iaitu pada 6 Ogos 1945, tarikh itulah Hiroshima dibom dengan Fat Boy, jika aku silap, mungkin dengan Little Man. Tapi 80% akalku mengatakan, bom atom bernama Fat Boy lah menghancurkan Hiroshima, dan Little Man yang menggempur Nagasaki.
A-Bomb Dome, sebuah bangunan yang masih tegak separa-berdiri. Bangunan itu tidak diusik sejak tragedi tiu berlaku. |
Hari ini, mereka sekali lagi berkumpul di Hiroshima. Ia akan menjadi acara wajib pada penduduk bumi ini, untuk mengenang peristiwa besar pada 1945 itu. Hari ini, mereka sekali lagi berkumpul, dan antara ucapannya, ada menggesa pihak pemerintah Jepun supaya serius akan masalah yang berlaku di Fukushima Daichi. Mereka mahukan tindakan yang segera supaya dapat membendung keselamatan mereka.
Aku, bersyukur juga. Dengan pengeboman itu, Jepun2 di Tanah Melayu menyerah diri pada Tentera Berikat(yang bedebah itu). Lalu datanglah sekali lagi si British mereka cipta onak2 politik baru dan beberapa siri kebangkitan anak2 muda yang cintakan Tanah Melayu sehinggalah merdekanya Tanah Melayu pada 31 0gos 1957. Aku pejam mata, dan sekali lagi bersyukur, dengan itu, Tanah Melayu bebas daripada Jepun. Aku masih ingat lagi cerita Mok(panggilan moyang aku, pemilik rumah yang aku yang aku berada sekarang), aku masih ingat cerita Mok, dia dan beberapa orang sekampung menyorok di bawah zink di ladang getah selama dua hari, bimbang2 dijumpai Jepun. Jika seorang gadis dijumpai Jepun, rosaklah ia. Mungkin kamu semua para pembaca dapat lihatnya dalam filem Embun. Dalam karya2 Pak Samad pun ada juga dinukilkan.
Ya, sekali lagi aku bersyukur. Tanah Melayu bebas dari Jepun selepas peristiwa Hiroshima dibom. Tapi isu yang lebih besar adalah Amerika yang bacul, ya Amerika yang bacul itu bertindak sewenang-wenangnya menggunakan atom. Pereka atom untuk Amerika pada waktu itu sendiri, Albert Enstein, seorang yang berbangsa Yahudi juga menyesal dengan tindakan Amerika itu. Enstein berkata, “Atom mestilah digunakan cara baik”, aku petik pada sebuah komik biografi ringkas mengenai Enstein yang aku baca pada 30 Julai yang lalu. Itulah Amerika dengan perangainya yang keras kepala, jika dalam bahasa Inggeris, ia layak digelar pigheaded.
Sikap Amerika yang kepala babi itu dapat kita lihat sekarang, hingga sekarang. Lihatkan di Iraq, Afghan, sudah berlambak janji2 manis ditabur. Tapi, ianya terus mengecewakan. Tadi, dalam Berita Dunia TV1 dan Nightline TV3 , ada melaporkan, sebuah helikopter tentera Amerikadi tembak semalam. Sejumlah 30 orang yang terkorban. Menjadi rekod baru, korban yang paling tinggi dalam satu gempuran. Sebagai yang memakai topi manusia umum, aku kesian dengan mereka yang terkorban. Sebagai topi penyelam sejarah bangsa2 yang ditindas, aku bangga dengan tindakan mereka. Amerika dan kuasa barat, adalah mereka2 yang tidak boleh dipercayai selama-lamanya. Aku dan kamu semua, marilah bersam-sama baca surah al-Baqarah ayat 120. Itulah punca kekejaman Amerika.Kekejaman yang selamanya mahu ditegakkan dan ingatlah akan nada satu kaum yang bangkit menentang kekejaman itu. Itulah kaum yang cintakan kematian di jalan Tuhan.
“Hidup ini ibarat perjalan sebuah kereta api yang tidak tahu di manakah ia akan berhenti
sepanjang perjalanan
banyak stesen2 yang dilalui dan ia akan meneruskan perjalanannya.
Terus dan terus selagi ia tidak dimatikan”
Kata2 di atas, itulah status Freindster aku terakhir, bila? Aku sudah lupa. Itulah ibarat yang aku sematkan dalam hati, perjuangan hidup mesti diteruskan, selagi bernyawa, selagi tiulah diteruskan, walaupun sudah tua. Persis kukuhnya prinsip Abu Ayyub al-Ansori yang tekad membebaskan Konstantin dalam edisi pembebasan Konstantin yang pertama. Walaupun gagal, itulah edisi pembangkit semangat Islam merealisasikan hadis agung itu. Di Malaysia, masih ada lagi Konstantin yang perlu dibuka, iaitu di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, yang utama di Putrajaya. Konstantin di Perak wajib ditakluk kembali. Manakala Istanbul di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang wajib dipertahankan.
Sudah lebih sejam aku mencoret, entahlah apa rasanya, manis? Masam? Terserah pada pembaca. Aku perlu tidur, dan bangun bersahur. Esok aku akan ke Bandar Tanah Merah, mencari Internet. Aku perlu bersua dengan Internet, itu sudah menjadi sebahagian hidupku, juga kerja2 aku, juga senjata aku memerangi kemungkaran.
Sekian daripada aku, dari sebuah rumah tempat kelahiran di Kusial Bharu, berlatar suara bunyi kipas KDK antik. 7 Ogos 2011, 2.20am.
LAMPIRAN-senarai Birthday Wisher
1. Mahidin
2. Zue
3. Syak Razak
4. Dibah
5. Anis S
6. Mira
7. Dhiaq
8. Sotin
9. Siraj
10. Syarafi
11. Acad
12. Fatimah O
13. Tiah Fauzi
14. Fitri Muzzammil
15. Malik
16. Mazlan Razali
17. Keyo
18. Anis Z
19. Khairi Ismail
20. Faiz Roslan
21. Mawa
22. Farhana Zul
23. Kinah
24. Leez Jeffry
25. Afifi
26. Qlima Yahya
27. Siddqi
28. Alif Z
29. Ain Farihan
30. Munirah Zul
31. Farhan A
32. Darus Salam
1 Komen:
^_^
meme hari yang akan sentiasa diingati.. ada la tuah pada tahun ini.. semoga Allah memberi petunjuk..
Post a Comment