Facebook-ers yang merugikan Islam

Sunday, October 02, 2011

Majoriti penduduk Malaysia amat kenal dengan Facebook. Mereka yang tidak kenal akan Facebook ini adalah kalangan terpencil. Mereka yang di pedalaman juga tidak terlepas daripada mengenali akan apa itu FB. Secara umum, bagi mereka yang selalu bersama dengan FB, Blogger dan Twitter ini dikenali dengan pengamal media baru. Ramai di kalangan orang muda tidak masih kurang kenal akan istilah media baru walaupun mereka sebenarnya telah terjebak dengan melebihi 5 tahun. Sebagai contoh, generasi saya, 20-25 tahun. Sebelum FB, kami diperkenalkan dengan Friendster, My Space, Hi5, Tagged dan macam2 lagi.


Alat media baru, pada awal pengenalannya adalah sebagai alat untuk bersosial di Internet, mencari rakan baru, mencari rakan yang sama minat, mencari kenalan baru, alat sebagai menghubungi kenalan lama yang terpisah. Itu fungsi yang rasmi, ataupun dalam istilah Sosiologi ia dikenali dengan 'Manifest Function'. Lawan kepada Manifest Function adalah 'Latent Function' atau fungsi yang tersembunyi seperti mencari pasangan hidup mengorek peribadi seseorang samada baik atau buruk.

Selepas tahun 2006, penggunaan Internat dan penggunaan laman sosial semakin rancak, lebih2 lagi apabila rakyat Malaysia secara majoriti beralih kepada Facebook. Facebook semakin meneggelamkan laman sosial yang lain seperti My Space dan Friendster. Layoutnya yang simple dan capaian yang mudah telah menarik minat ramai orang, bukan sahaja kanak2 tetapi juga golongan dewasa. Saya masih ingat lagi, segolongan orang tua 40-an memperli budak2 yang ketagih dengan Frienster dan My Space, tetapi bila datangnya zaman FB, mereka lagi ketagih pada budak2 yang mereka perli dahulu.

FACEBOOK DALAM SEJARAH MALAYSIA

Pilihanraya Umum Ke-11 pada 2004 telah menyasikan satu sejarah dalam politik tanah air. PM waktu itu, Abdullah Badawi telah meraih kerusi parliman paling banyak, tidak pernah dilalui oleh PM sebelumnya, Mahathir Mohamed. Namun pada Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 telah menunjukkan satu perubahan yang mendadak, Abdullah telah kehilangan majoriti 2 per 3, bukan setakat itu, malah mendapat majoriti yang paling sedikit, paling sedikit dalam sejarah politik tanah air, tidak pernah dialami oleh PM sebelumnya. Lecturer saya di Nilai, Ahmad El-Muhammady memperkenalkan ini sebagai Law of Pendulum.

Law of Pendulum ini adalah senang difahami. Sebagai contoh, Pendulum atau Bendul, jika ditarik ke kanan sejauh 3 sentimeter dari tempat statiknya, maka ia akan bergerak ke kiri juga sebanyk 3 sentimeter. Irulah yang dialamai oleh Abdullah Badawi, pada 2004 beliau mendapat majoriti paling besar dalam sejarah, dan pada 2008, akibat tidak mampu menjaga pencapaian bagusnya itu, pada 2008, beliau mendapat majoriti paling rendah.

PERKARA MERUGIKAN ISLAM


Baiklah, di atas adalah mukaddimah. Seak Facebook wujud, melalui pemerhatian dan pengalaman saya, ada beberapa perkara merugikan orang Islam sendiri yang berkaitan dengan FB. Fokus saya pada perkara di bawah ini adalah kepada orang2 Islam yang menggunakan FB.

PERTAMA.  Perkara paling besar adalah Facebookers tidak menggunakan kesempatan FB untuk menjelaskan Islam kepada rakan2 mereka di FB, sebaliknya mereka seakan mengikut rentak emosi orang yang tidak memahami Islam, jika orang itu berkata lucah, mereka juga terjebak sama. 2 X 5 = 5 X 2.

KEDUA. Ramai Facebookers yang terpengaruh dengan provokasi orang yang tidaka faham Islam, akibatnya mereka menjadi emosi juga,

KETIGA. Salah satu fungis menarik FB yang tiada pada laman sosial lain adalah adanya link untuk share sesuatu, oleh itu, adalah satu kesilapan jika seseorang Islam itu tidak menggunakan kesempatan untuk menyebarkan idea2 Islam, kink-kan web2 Islam ke akaun mereka

KEEMPAT. Adalah rugi juga tidak share-kan banner2 logo2 yang berciri kearah pemahaman Islam di Facebook. Hariini ramai Facebookers yang lebihkan hiburan dalam FB berbanding menyebarkan mesej2 kearah pemahaman Islam.

KELIMA. Facebookers yang lari daripada FB. Ramai rakan2 saya yang lari daripada berdakwah di FB. Mereka kata FB ini lagho. Itu mungkin betul pada pendapatnya, tetapi bagi saya, adalah elok jika cuba berfikir. Bera[a ramai lagi orang melakukan maksiat dalam FB. Selagi adanya maksiat disitu, pergilah selesaikan, jangan lari dari medan.

Setakat itu dari saya untuk kali ini, jmpa lagi jika ada kesempatan.

Ash Az.
Euro Cafe, Mahallah as-Siddiq, IIUM.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP