Formula 88888 Liow Tiong Lai
Assalamualaikum, selamat bertemu sekali lagi, maaf juga lama tidak 'update'
Bagaimana kesihatan jasmani kita? Elokkah?
Bagaimana kesihatan fikiran kita? Elokkah?
Bagaimana kesihatan sosial kita? Elokkah?
Menurut World Health Organization (WHO) pada 1947 telah mengistilahkan SIHAT adalah dimana keadaan fizikal/jasmani, mental/fikiran dan kesejahteraan-sosial dan tiada kehadiran penyakit.
Pada 17 Jan yg lalu, semasa membaca berita di BH Online. Tertarik dgn laporan ini, (Kurangkan pengambilan kalori: Liow ), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihati supaya kaum Cina di Malaysia cakna akan pemakanan mereka pada musim perayaan ini.
Disamping itu, beliau ada mengemukakan satu formula yang perlu diamalkan iaitu 'lima 8' atau 88888.
Formula ini ialah,
- 80% kenyang, iaitu berhenti makan sebelum kenyang dengan 80% perut penuh
- Jam 8 malam , isitu makan sebelum pukul 8 malam
- 8 gelas air kosong setiap hari
- 8 jan sehari waktu tidur
- 8000 langkah berjalan setiap hari. 10000 langkah lagi bagus
Sesungguhnya, Cina adalah bangsa yang maju dalam disiplin, tidak kira dalam seni bela diri, menepati masa, ketenteraan malah aspek pemakanan turut diambil berat.
Sekian, Wassalam,
1 Komen:
Bagus jugak tu...boleh amalkan 88888
Post a Comment