Bina diri dahulu, kemudian bina masyarakat adalah tidak tepat
Ramai dalam kalangan kita berpendapat atau paling tepat memiliki persepsi bahawa sebelum berdakwah kepada masyarakat, pembinaan diri mesti didahulukan.
KESAN daripada memiliki persepsi sebegitu adalah:
1-Merasakan diri dalam keadaan selesa, lalu fokus hidup adalah mahu belajar sahaja, tidak kisahkan masyarakat sekeliling.
Perkara ini bukan sahaja wujud pada pada mereka yang rasakan diri mereka pendakwah.
2- Tetapi telah terbawa kepada mahasiswa umum, sebab itu kita dapati adanya persepsi 'belajar dahulu, jangan sibuk sangat berpolitik'.
Mungkin dengan sebab inilah kerajaan mengambil kesempatan dengan manukutkan mahasiswa daripada berpolitik. Ini kerana, jika berpolitik, mahasiswa akan terdedah secara langsung dengan rakyat. Di mana dengan pendedahan secara langsung ini, mahasiswa akan memiliki peluang yang cerah untuk berdakwah.
Premis [Bina Diri Dahulu, Kemudian Bina Masyarakat] adalah tidak tepat.
Oleh itu kita mesti berpegang pada Premis [Bina Diri dan Masyarakat Perlu Seiring].
Dalil 1,
Quran turun dalam masa 23 tahun, dalam masa sama tunggu Quran sempurna, Nabi SAW laksanakan juga Islam (baca Islah masyarakat).
Dalam pengajian Sains Quran, adanya Nasikh-Mansukh, iaitu ayat Quran yg dibatalkan hukumnya dengan didatangi ayat lain. Contoh, berkenaan arak. datang 3 kali pe-larangannya. Maknanya, dalam kita belajar dan bergerak kerja, kita praktikkan dahulu apa yang kita belajar, kemudian kita muhasabahkanlah gerak kerja kita. Dengan cara muhasabah, kita akan dapat jalan baru untuk aplikasikan sesuatu yang kita belajar.
Dalil 2, Imam Nawawi dan kisahnya. Di waktu pagi belajar-petang pula mengajar. Itulkah hidup sehariannya disamping menulis kitab2. Imam Nawawi tidak tunggu habis belajar baru menyampaikan ilmunya.
Dalil 3. 'Islah nafsak wad'u ghaira'. Perbetulkan diri sendiri dan menyeru orang lain. Maksud kata2 ini adalah, membetulkan diri sendiri dan mengajak/menyeru orang lain mesti seiring.
Oleh itu,
Sepatutnya, pemahaman kita mestilah. memiliki satu azam untuk membina masyarakat daripada apa yang kita belajar. Jika hari ini, kita belajar Aqidah Islam, maka sampaikanlah pasa masyarakat Aqidah Islam.
Dengan cara bersama masyarakat, kita dapat praktikkan ilmu kita. Dan setiap praktikaliti, wajib selepasnya muhasabah supaya dapat dikenal pasti kelompangan lalu untuk gerak kerja seterusnya pacuan kita lebih berkualiti.
Setakat ini sahaja, apa yang anda baca di atas dibuka untuk di bahas.
Ashcroftstylus,
Al-Furqan block,
Mahallah as-Siddiq,
UIAM Gombak, Malaysia.
12 Rabi' Akhir 1433.
Jam 1012.
Musik latar : Yeni Hayat - Sultanar Askinar al-Fatih
0 Komen:
Post a Comment