LM 2020 - Bahasa Melayu Lanjutan - Sesi 1
Kelas hari ini adalah sesi pengenalan, pelajar yang datang hanya 4 orang, mungkin masih ramai lagi tersangkut dengan 'add-drop'. Tapi ada juga budaya tidak bagus, iaitu menganggap hari pertama kelas tidak bermula, dan lebih baik rehat (lepak) di hostel.
Hari ini cikgu hanya membentangkan secara ringkas perjalanan subjek, subjek ini amat susah, sem lepas paling tinggi dapat A-, itu pun hanya seorang, rata2 mendapat B.
Kelas hari ini sekejap sahaja, tidak lebih 15 minit.
Apa yang dapat dicatat hari ini adalah, untuk berkualiti, seseorang itu mesti:
- Berbahasa
- Idea
Manakala Idea adalah, mempunyai gambaran tentang apa yang mahu dibincangkan/diperkatakan. Seseorang yang tiada idea walaupun pandai berbahasa, maka ia tiada kualiti.
Oleh itu, dua ciri2 ini adalah utama, penting, dan saling memerlukan.
0 Komen:
Post a Comment