Amaran Daripada Revolusi Yang Ditangguhkan
Assalamualaikum,
Ini adalah karya yang kedua daripada Shahnon Ahmad yang sempat saya habiskan selepas 'Ranjau Sepanjang Jalan".
Walaupun dalam kesakitan yang amat teruk, saya amat berbangga dengan penulis ini yang berjaya menyiapkan buku ini.
Penulis yang pernah menggegarkan negara dengan buku bertajuk 'Shit' ini adalah penulis yang hebat, masakan tidak mendapat darjat SASTERAWAN NEGARA.
Apa yang saya mahu kongsikan daripada buku ini adalah perkara yang tersirat di sebalik tajuk buku ini. 'Revolusi Yang Ditangguhkan' menceritakan bagaimana alam semula jadi yang berjamaah itu tunduk kepada Allah.
Ia menceritakan bagaimana Gunung, Hujan, Air Laut, Angin, semuanya bekerjasama mahu mencetuskan revolusi yang dinamakan, BANJIR BESAR, TAUFAN, GEMPA BUMI dan macam2 lagi yang dinamakan manusia yang berbahasa melayu sebagai bencana alam . Akan tetapi, semua itu ditangguhkan kerana mereka tunduk kepada perancangan ALLAH yang mahu semua itu berlaku sekaligus, iaitu KIAMAT.
Walaubagaimanapun, sekali sekala, gunung dan jemaahnya terpaksa memberi amaran kepada manusia kerana tidak tahan melihat manusia yang tidak segan melakukan kejahatan di atas perut bumi.
Ada amaran mereka itu berupa GEMPA BUMI, agar mereka dapat menelan manusia sombong2 itu ke dal;am perut mereka.
Ada yang berupa GUNUNG BERAPI, agar mereka dapat memuntahkan lahar memusnahkan manusia2 yang tidak malu memperhambakan nafsu lebih dari segala galanya.
Ada pula AIR LAUT bersama teman sejamaahnya yang bernama ANGIN, bersatu menjadi ribut dilaut, agar mereka dapat melibas kapal2 yang dikelasikan manusia keparat.
Cube kita perhatikan, 3 hari lepas, satu gempa bumi di Padang dan Kepulauan Samoa. Amaran ALLAH itu yang diwasilahkan melalui ciptaan alamnya itu berjaya menakutkan manusia, tetapi sampai bila manusia mahu insaf, sedangkan Revolusi Yang Ditangguhkan itu boleh sahaja meletus.
Oleh itu, hidup di dunia ini memerlukan benteng yang kuat, gunalah sebaik mungkin Perlengkapan( pancaindera, otak , hati) Perbekalan( sumber2 alam, nikmat2 Allah) dengan berpandukan KHABAR YANG BENAR( aLQURAN DAN sunnah)
5 Komen:
sp shahnon ahmad ni??
mmg bku dy letak gmbq sejid dq ka?
bes x?klo bes nak gak bku tuu..
shahnon ahmad ni, bekas adun sik, kedah, dok kat kg banggul derdap, bekas pengarah pusat islam kat USM penang.
yup, memang letak gambaq sejid dq ha,......
buku ni xtau bes ke tak, bgantung pd reader, ana habiskan dalam 2 bulan lebih...
waa...lama tu..2 bln br hbs..[mcm la ana bc cepat sgt..lg lm pa..hehe]..
oo..dh tu bg ust bes ke x?
klu bes bg la ana pnjm..
rncgn gmat belanja..
best ke x, bce sdiri dulu...
Post a Comment