Dua Hari Pertama Di Book Fair.
HARI PERTAMA
Sebelum ke PWTC pagi tu, aku singgah Tabung Haji, amik duit sket, sbg back up untuk ke book fair, aku ni bab beli buku boros, tp Alhamdulilah, dapat gak bace.
Satu ketika, ustazku berpesan, "buku tu beli dulu, bace kemudian", hatiku berkata, betul jugak tu.
Satu ketika, ziarah rumah pendidikku, hampir penuh 2 almari kaca dengan buku, kawanku bertanya, "ustaz dah baca semua ke buku2 ni?", ustaz menjawab, "xlah, ada yang dah bace, ada yang buat rujukan untuk kajian", hatiku berkata, betul jugak tu.
Satu ketika, ibuku bertanya, "kamu ni bila nak buat homework, asyik bace buku yang x berkaitan dgn pelajaran sekolah je", aku senyap,
selepas hatiku berkata betul jugak tu, terus ku kemeja belajar ku untuk siapkan homework.
Satu ketika, aku mengambil buku Wali Songo dari dalam bilik ku lalu ke ruang tamu untuk menelaahnya, tiba2 ayah ku berkata"hhhmmmm, bace lagi buku tu, kenapa x hafal yang ustaz suruh?",
selepas hatiku berkata betul jugak tu, terus ku capai kitab fiqh silibus tingkatan 2 ku.
Berbalik kepada pesta buku ye, maaf la mengelamun, maaf ye.
Selepas beberapa ketika di PWTC, aku ke masjid berhampiran dgn PWTC, iaitu masjid di Sekolah Antarabangsa Indonesia, itulah khutbah pertama yang aku dengar dalam bahasa Indonesia, menarik bahasanya, alunan khutbah itu seperti orang mendendangkan syair, kalau begitu maka tidak peliklah jika berlambak-lambak lagu indon menghiasi TV, RADIO dan mp3,mp4,mp5 remaja2 sekarang, khutbah itu adalah antara khutbah yang terbaik pernah ku dengar, lagak imam itu persis abgku yang pernah memimpin persatuan mahasiswa.
Usai di masjid itu,
aku meneruskan pengembaraanku, berlegar di dalam PWTC, dalam masa yang sama, aku singgah di beberapa gerai buku, alaf21, buku prima, mph, sarjana media, nufair street, dan x lupa juga, syarikat yang naik mendadak dalam pasaran tempatan ab publika, dan banyk lagi la gerai2 yang ku x ingat namanya, di ruang legar itu, hambir 4 keping wang pelantar minyak telah ku belanjakan.
Ku bergrak ke arah tangga bergerak, mengarah ke tingkat atas, tiba2 pandanganku berkalih ke kanan, 'bila pulak dewan ni bukak utk pesta buku, x mcm tahun sudah', dewan tu dewan hussein onn, dewan tempat berlangsungnya muktamar tahunan PeKeMBar, dipintu masuk dewan itu, terdapat 4 buah gerai, paling panjang gerai pts, yang lain adalah lim kok wing, rhythm dan HR publishing.
Ku masuk ke dalam dewan, kebanyakan gerai2 di situ daripada agensi2 kerajaan, syarikat komunikasi, dan buku2 sekolah yang sudah fobia bagi aku gamaknya, dalam dewan itu, aku tertarik pada satu gerai, DAKWAH CORNER, ia menjual buku2 agama yang di import dari serata dunia, x lupa juga tafsir quran daripada ustaz abdulah yusuf ali, antara penterjemah quran ke dalam bahasa org benua britain terbaik setakat ini,.beberapa detik masa kemudian ku keluar melalui pintu yang berhampiran pentas yang berhampiran tangga bergerak.
Ku panjat tangga itu beberapa sentimeter dan ku bergerak ke atas,
ku amat penat,
ku gagahi kakiku,
lidahku kering,
mataku layu,
di tingkat itu, banyak yang menarik perhatianku, tp x menarik perhatian tgn ku untuk menyentuh dompetku, tgnku hny mengambil dan meminta tolong mataku membaca tajuknya dan tulisan di kulit belakang.
Ku naik setingkat lagi, hnya buku dari universiti dan syarikat antarabangsa mendominasi tingkat itu, ada satu gerai yang menarik perhatian ku, ada label yang tertulis 'astronomy', ku membelek buku2 di situ, ada satu yang menarik perhatianku, tetapi harganya, rm179.00, terkejut aku, mungkin aku perlu lupakan.
Ku beralih arah ke surau PWTC, ku solat asar dan rehat sambil menunggu azan magrib.
Selesai solat magrib, aku pulang ke bandar kinrara.
HARI KEDUA
Pagi itu ku sampai lewat sedikit,
Hari itu ku bercadang membeli dalam 5 buah buku lagi, dalam perjalan ke gerai ab publika, ku menyemak dompetku, dan alamak, hanya 3 keping duit merah dan syiling yang cukup digunakan untuk balik, aku kelu, hatiku hampir menangis, buku2 yang aku mahu itu semuanya amat bermakna.
Hari itu aku balik lewat seperti semalam, dan ku bersyukur kepada ALLAH, walaupun x dapat membeli semua buku itu, dapat juga sebahagian, dan juga bersyukur kerana kawanku yang membelanjakanku makan petang itu. Berapa ketika kemudian aku pulang ke tempat menginap ku.
0 Komen:
Post a Comment