Indonesian International School
'Alhamdulillah, syukur' monolog Mahmud setibanya dia di stesen lrt PWTC.
Jelajahnya pada hari itu bukanlah jauh. Hanya singgah di PWTC menjilat buku yang menarik hari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan mungkin menelan beberapa buku yang patut dibeli.
Jam ditangannya dilirik.
"Dah 10.59pg"
Mahmud mengatur langkah menuju pintu masuk ke pesta buku. Setibanya di Legar Putra, para pengunjung tidaklah ramai.
'Mungkin di hari Jumaat kot, org keje kot', duga hatinya.
Dengan kesempatan itu, Mahmud mengambil peluang untuk meninjau sekitar Legar Putra, kemudian beralih ke Dewan Hussein Onn. Ada dua dewan lagi untuk ditinjau, disebabkan tiada kesempatan. Ada yang lebih awla (penting) daripada itu, solat Jumaat.
Mahmud melangkah ke Legar Putra, sememangnya dia fasih mengetahui masjid yang berhampiran PWTC.
Dia melangkah kaki menuju pengawal, satu lelaki, satu perempuan.
"Kak, nak tanya sikit, akak tau x mane masjid berhampiran"
"Oooo, kamu nak sembahyang Jumaat ya, akak x tau lah dik, eh kamu tau mane masjid ....(name pengwal lelakii di hadapannya, umur dalam awal 20)"
Pemuda itu menggeleng, tersentap Mahmud,
'Takkan xtahu mane masjid untuk solat Jumaat,' monolog dalaman Mahmud berbunyi.
"Takkan abg x tau?" terpacul kasar ayat daripada mulut Mahmud.
Pemuda tapi senyum tersipu-sipu malu.
"Takpelah, Assalamu'alaikum" Mahmud berlalu tanpa sempat mendengar salamnya dijawab.
Hatinya marah, takkan x pernah sembahyang, hatinya cuba bersangka baik tapi tak boleh.
'Astaghfirullah' Mahmud menyesali perbuatannya tadi, dia menyesal, sepatutnya dia mengajak pemuda tadi turut bersembahyang, bukan dengan membentak kasar.
'Moga-moga diberi petunjuk'
Perjalanannya terus memasuki halaman Sekolah Antarabangsa Indonesia, di dalamnya terdapat masjid yang melaksanakan solat Jumaat.
Selesai berwuduk, Mahmud sedaya-upaya memasuki ruang solat utama, baginya mendengar khutbah tanpa melihat tok khatib adalah 'tidak menyelerakan'.
Beberapa pengumuman dilakukan, kebanyakannya berkenaan derma Palestin. Di akhir pengumuman dijemput Tok Khatib untuk menyampaikan khutbah.
Khutbah dimulakan selepas azan kedua,
sidang jumaat khusyuk mendengar khutbah, permulaannya biasa sahaja sehinggalah tok khatib berkata:
"KALAU DITANYA MENGAPA ISLAM KALAH, KITA MEMANG HARUS KALAH"
Mahmud tersentak, tumpuan kepada khutbah makin padu,
Ustaz Arif si pengkhutbah berkata lagi,
"Jika lihat pada hari ini, masyarakat islam tidak minat membaca, tidak mementingkan ilmu, umat islam masih lagi leka dibuai umpan2 yahudi, kanak-kanak leka dengan PS2, remaja pula leka dengan pusat-pusat hiburan, rancangan-rancangan hiburan di utamakan"
"OIC yang terdiri daripada 57 negara, dalam 57 negara ini, tidak sampai pun 500 universiti dibangunkan, sedangkan dia USA, beribu-ribu universiti telah pun terbina"
"Jumlah buku bagi umat islam adalah 200 per sejuta, manakala bg negara Britain jumlah buku adalah 2000 per sejuta"
'Ya ALLAH, malunya aku, selama ini berapa banyak umpan kafir yang aku termakan' monolog Mahmud
Ustaz Arif meneruskan khutbahnya,
"Pernah satu ketika, al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali bertanya kepada anak murid mengapa lewat ke kelas pada hari itu, anak muridnya menjawab bahawa dalam perjalanannya ke kelas, ia telah dicabar seorang yahudi berlumba berenang, lalu ia kalah"
"Lantas Imam Ghazali berkata, MULAI HARI INI, KITA WAJIB BELAJAR BERENANG"
Semua isi-isi penting berkenaan khutbah pada hari itu ditulis dalam log kembara Mahmud, selesai menulis, ditutup dan disimpan di dalam beg.
Mahmud keluar daripada masjid menuju PWTC dengan tekad yang membara.
'Jika yahudi menyelidik kajian-kajian baru di dalam makmal, maka aku wajib juga berjihad di dalam makmal, jika yahudi rajin menelaah buku-buku tebal di perpustakaan, aku mesti berzikir dengan mengulangkaji apa yang dah aku belajar'
p/s: khutbah dalam cerpen tadi telah diubah sedikit, khutbah asal dalam bahasa indonesia.
0 Komen:
Post a Comment