Sosiologi : 1 : Pendahuluan daripada pemikiran ku...
Assalamualaykum semua,
Lama rasanya tidak menatap skrin ini, terasa nak menulis sesuatu, nak berkongsi.
Pernah satu ketika dahulu di MML, waktu terluang hari tu saya berjalan menuju ke meja saudara Faris Asyraf, seorang berdarah melayu tetapi muka arab sikit, udah lama tidak ku berjumpa dgnnya, sesape yg tau inform ek....
Hari itu kami berbincang berkenaan sosiologi,
Saya bertanya, "Apa faktor yang menyebabkan kemunduran dan kemajuan sesebuah tamadun"
Faris menjawab, salah satu faktor adalah kedudukan Geografi, sebagai contoh Mesir, mungkin keadaan tanahnya yang tandus menyebabkan kesedaran tentang kepentingan survival tinggi dalam kalangan mereka, sebab itu tercetusnya ide untuk membuat terusan, terusan itu digunakan untuk mengalirkan air ke semua tempat pengairan.
Tiba-tiba datang saudara Hafizudin Amin, lantas saya teringat akan rancangan Ilmuwan Islam musim pertama, tetapi saya amat kesal apabila tv3 menukar waktu siaran musim ke-2,ke-3 pada pukul 7.30mlm......sepatutnya rancangan berbentuk ilmiah seperti itu disiarkan pada waktu yang penonton berpeluang menonton dengan selesa, sedangkan 7.30mlm adalah waktu kita ke masjid, bersolat jemaah bersama keluarga di rumah.
Saya teringat rancangan Ilmuwan Islam yang disiarkan beberapa hari sebelum kami berbincang, jika saya tidak silap...jap ek...kawan aku ajak makan...name dio POK LOH...Aed Cenfos iium......tgu la ade mase t ekkkkk.....
alhamdulilah, kini29jun2009, ku kembali menulis, baru sahaja tadi ku berdiskusi dgn senior dan abgku....
saya teringat rancangan Ilmuwan Islam yang disiarkan beberapa hari sebelum kami berbincang, jika saya tidak silap.... rancangn itu ade memaparkan beberapa sebab yang berkaitan dengan tajuk yang kami bincangkan pada waktu tu.
antaranya, kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi persekitaran mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu sendiri.
di sini saya tidaklah ingin mengemukakan semua konsep2 yang telah dikemukakan oleh ibn khaldun, ape yang saya mahukan adalah ingin berkongsi beberape pendapat saya sendiri....
pembaca perlu ingt, semua yang saya kemukakan adalah betul, tapi kemungkinan salah, jika ada yang tersilap, maka harap perbetulkan saya.
baiklah .
1. kemampuan berfikir, bagi saya, kemampuan ini amat berkait rapat dgn latar belakang seseorang, terutama latar belakang pendidikan dan keluarga seseorang, sebagai contoh, jika orang itu diberi tepung dan air, ape yang mahu dibuat nya, jika org itu datang daripada latar belakang org yang tidak pernah menolong emak di dapur atau yang hidup hanya bergantung dengan makanan yang siap dimasak, sudah tentu orang itu tidak dapat melakukan sesuatu terhadap benda yang diberi tadi, jika dia datang daripada latar belakang yang berkaitan, sudah tentu tidak menjadi masalah. tetapi ini juga bergantung kepada sifat seseorang itu, jika dia adalah jenis yang gemar mencuba, maka tidak menjadi masalah baginya.
2.muka bumi persekitaran.
penerangan ini saya telah nyatakan di atas....
0 Komen:
Post a Comment