Cuti: Waktu Aku Berlibur?

Saturday, December 12, 2009

Salam kepada semua teman2, sehat, sihat, sejahtera? Atau sebaliknya?

Walaupun ape keadaan kita semua, bersyukurlah kerana apa yang terjadi itu semuanya baik bagi kita.....

Pernah satu ketika, barangkali kita semua mengalaminya, ada yang berkata "Nampaknya, cuaca hari ini amat teruk"....mungkin dia berkata begitu kerana awan yang mendung yang mengandungi hujan... Kenapa mengatakan itu teruk, tidakkah awan seperti itu diharapkan oleh umat di sebelah Afrika? Tidakkah hujan itu membawa rahmat? Masakan tidak disuruh berdoa di awal turunnya hujan?

Baiklah, kita kembali kepada tajuk asal, cuti atau seertinya adalah libur. Banyk orang yg memikirkan cuti dan libur ini adalah kita merehatkan diri kita di mana2 tempat peranginan, di hutan2 simpan. Ya, itu tidaklah salah, tetapi kita selalu kabur dengan bawaan seperti itu, kenapakah tidak kita menziarahi sanak saudara? Kenapa tidak habiskan waktu cuti dengan menambah bacaan. Semua kita maklum bahawa, mahasiswa2 kita terlalu sibuk belajar sehingga tidak ada langsung masa untuk membaca.....

Tahukah sahabat2 sekalian, kajian mengatakan bahawa mahasiswa2 di malaysia hanya membaca 12 buah buku dalam masa 3 tahun? Banyk sgt ke 4 buku setahun? susah sgt ke habiskan sebuah buku dalam masa 3 bulan?

"Leaders are Reader"

Saya masih ingat, dalam satu khutbah jumaat di Masjid di Sekolah Antarabangsa Indonesia yang berhampiran stesen KOMUTER PUTRA, khatib pada hari itu telah membentangkan sebuah fakta yang menyatakan bahawa:


-Seluruh negara Muslim yang 57 itu, hanya 500 Universiti, sedangkan USA lebih 5000 Universiti, sinisnya, daripada 500 itu, hanya beberapa sahaja yang tersenarai ke dalam top 500. Lihat sahajalah di negara kita, bagaimana kita mahu maju dengan keilmuwan sedangkan bahan bacaan picisan masih menjadi keutamaan. Akhbar2 seperti Metro yang berorientasikan seks semata-mata perlu di hapuskan.

Ya, memang tidak salah kita mengkhabarkan berita seperti itu dengan niat untuk memperbaiki masyarakat. Tetapi, adakah perlu diulang-ulang setiap hari ataupun majoriti dalam laporan mingguan.

Tahniah saya ucapkan kepada Harian Metro kerana menjadi akhbar No. 1 di Malaysia. Natijahnya, semakin ramai yang membeli akhbar itu, dan semakin banyk gejala2 tidak senonoh berlaku dan bertambah dalam masyarakat kita.


Oleh itu, untuk menjadi masyarakat berilmu, kita hendaklah membaca karya2 berat, karya2 ilmiah, saintifik. Bukan hasil tulisan sasterawan picisan menjadi kemegahan. Barulah kita dapat meningkatkan kualiti umat Islam. Ingatlah, suatu ketika dahulu, ilmu2 islam itu telah terhapus pabila berjuta-juta kitab dibaling ke dalam sungai Furat(Euphrates).



Bersendiri Menumpulkan Pengalaman


Jauh perjalanan, luas pengalaman. Itulah ungkapan yang masyhur di alam melayu. Ingatlah, bahawa Bangsa Melayu yang beragama ISLAM dahulu adalah pelayar yang tekemuka. Masakan tidak Melaka itu menjadi popular jika tidak di promosikan oleh pelayar2 yang mengembara. Satu fakta yang pernah didedahkan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir dalam ceramahnya di Chile pada 1998. Beliau mengatakan orang pertama yang mengelilingi dunia adalah orang melayu yang bernama AWANG.


Lihatlah kalian, kajilah kalian akan fakta ini. Kita sekarang berbangga dengan Ferdinand de Magellan dengan mengatakan si portugis itulah yang pertama mengelilingi dunia dan yang pertama memecahkan salah tanggapan orang bahawa bumi itu rata dan hujungnya adalah jurang yang dalam.

Tetapi sebenarnya, Panglima Awanglah yang sebenarnya membenarkan perkara ini. Untuk kawan2 memahami lebih lanjut akan perkara ini, bacelah anda karya2 daripada Dr HM Tuah Iskandar al-Haj yang bertajuk "Enrique: Mengundang Jauh" terbitan Utusan Publications & Distributions.


Terakhir, ingat baliklah kita akan satu peristiwa, dimana turunnya wahyu pertama "Bacelah. Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan". Membaca, bacalah, kajilah, selidikilah, nescaya kita semua dapat menemui sesuatu yang dapat membangunkan kembali LEGASI2 islam yang telah hilang itu.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP