Iktibar kata2 Ismael Hanieh kepada kita

Sunday, January 03, 2010

"Kami di sini berjuang dengan peluru, kami di sini berjuang dengan batu.
Kamu disana berjuanglah dengan ilmu dan doa"

Begitulah seingat ingat aku apa yang telah disampaikan oleh seorang panel ketika forum berkaitan Palestin pada Januari 2009 di masjid Darul Quran. Kata kata itu memetik apa yang Ismail Haniyeh pernah menyebut.

Beberapa minggu selepas itu.

Ada seorang adik baru yang meungkapkan sesuatu semasa tazkirahnya di masjid yang sama.

"Kita memang bersemangat berdemo, tapi subuh kita kantoi"

Kita bersungguh bekerja untuk islam, ke sana ke mari di waktu pagi 'gegar subuh', tapi di tengah hari mengumpat.

Sahabat2 gen9, dulu kita selalu malah sering, tidak kira waktu, tidak jemu menghangguk-hangguk kepala menghafal ayat2 agung itu.

Lupakah kalian akan peristiwa itu, masih segarkah lagi kalian akan saat indah itu.

Di pagi hari bersungguh-sungguh kita mentasmikkan hafalan kita. Tidak cukup dengan itu, dicari pula teman untuk i'adah apa yang telah ditasmik sebelumnya.

Akan tetapi, dari hatiku, aku amat kecewa dengan sebahagian teman, dulu aku amat rapay dengannya, sehingga alu begitu mudah menerima tegurannya. Malah tegurannya yang beberapa patah itu amat dalam maknanya.

Aku dulu bukanlah seorang yang baik, malah malu rasanya sambil menghafal kitab suci itu, sambil itu juga hati aku bergelumang dosa.

Syukur ALLAH, dengan wasilah kawan tadi aku dapat mengubah diriku.

Akan tetapi kawanku, kenapa kamu begitu berubah sekali di PJ, dulu kau pernah mengungkapkan "Aish, xnaklah cakap dengan perempuan, tak elok, bahaya", dahulu amat berat untuk aku menerima kata2 mu itu. Akan tetapi aku cuba berubah.

Tetapi kawan, mengapa kamu sekarang ini bergitu galak bergayut tiap2 malam? lupakah kamu akan nasihatmu padaku?

Sahabat2 Gen9.

Apakah fungsi mp3?

Adakah hanya untuk mendengar muzik2?

Adakah akan rosak jika didendangkan alunan kitab suci di mp3 mu?

Adik-beradik Gen9ku...

Dahulu, sambil berjalan ke kelas, pulang ke blok asrama dari solat jamaah subuh di masjid tepi tasik itu, mulut mu basah dengan alunan yang akan kamu tasmikkan di kelas.

Akan tetapi, kenapa sekarang ini, kamu bernyanyi-nyanyi sambil ke kelas, bernyanyi sambil ke SMAWP?

Pernah salah seorang dari kamu mengungkapkan...
" Aku letak gakQuran dalam iPod ni, kadang2 boleh dengar, ada berkat sikit, inshaALLAH"

'Berkat sikit'? layakkah kamu berkata begitu?

Ada juga kalangan kamu berkata, "tensyen r", lantas lagu2 yang entah apa2 maksud disajikan kepada telinga. Dimanakah Quran yang kamu hafal?

Ada segelintir kita berkata, xdak masa lah nak mengulang, tetapi muzik2 tetap didengar hari2.

Terima kasih ku ucapkan pada yang sudi mengetuk pintu2 119,99,118 di Blok A, di dinihari.
Mengetuk meminta aku segera bangun untuk bersedia awal untuk subuh.

Terima kasih kepada yang sudi menjadi tempat aku melafazkan ayat2 itu sewaktu mengulang.
Wahai diriku,
Wahai sahabatku,
Wahai adik2ku,
Wahai abg2ku,berubahlah........

Berubahlah, kasihanilah kita akan saudara seakkidah di Palestin sana, cekallah hati dalam menimba ilmu2 Tuhan. Tabahlah hati mengkaji pengetahun2 daripada Tuhan.
Di samping itu, kuatkanlah spiritual kita, kerana tanpa kekuatan spiritual, tiada gunanya top mark quiz di SMAWP sana.

1 Komen:

Unknown Tuesday, January 5, 2010 at 10:55:00 AM GMT+8  

Assalamu 'alaikum

Salam kenal! Ana masuk blog nta via chatbox Akh Ihsan Fadhli tadi. Tazkirah ni cukup bermakna, khasnya bagi bekas pelajar DQ.

Begitu ramai yang graduan huffaz yang dikeluarkan setiap tahun. Tapi berapa ramai di antara graduan tu yang mengamalkan Quran.

Katalah tak mampu nak amal semua, sebahagian pun jadi. Dan sebahagian tu pun kenalah lebih daripada orang yang tak/belum hafaz Quran.

Tapi dalam bab meninggalkan dan menjauhi perkara munkar, tiada beza antara golongan huffaz dan selain mereka. Bahkan golongan huffaz lebih-lebih lagi disebabkan Quran yang ada pada dirinya.

Wallahu ta'ala a'lam.

Jemput baca 'TAUJIH SEORANG MURABBI'
(http://hikmahgroup.blogspot.com/2009/12/taujih-seorang-murabbi.html)

Wassalamu 'alaikum

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP