14, 15 Disember 2010 : Kritik UIAM, OIC dan Zaid

Thursday, December 16, 2010




14 Disember 2010

Selepas solat Isya', beberapa waktu menjejak kaki di Mahallah. Semasa lima ssat melabuhkan badan di atas tilam empuk.

Telepon bimbit buruk bergetar dan berbunyi. Nada dering yang tenteram, mendamaikan hati.
Sedamai nama yang di'save'kan untuk nombor itu.

Saya angkat, belum sempat saya mengeluarkan suara, insan di balik sana lebih dahulu bersuara.

"Abang, bakpo x akat maso Mama call tadi?" Suara yang selalu menenteramkan aku bertanya

"Ore dok ssejiid td, ado oghe ngajar, habih lambak, bakpo call tadi?"Jawab aku

"Esok poso deh, poso sunat utk 9,10 Muharram terus, buat awal2?"

'Em? Puasa? huhu'

"Em? Ubat x habis make lagi la......"

"Alooh, poso jah la, ubat tuh make smula2 xpo" Dengar macam marah, tapi dirasionalisasikan, ia membawa pujukan yang positif

"Holah2"

Selepas itu kami berborak beberapa perkara, ada mengenai keluarga, ada mengenai saudara, tidak lupa juga mengenai asasi saya selaku pelajar di Pusat Asasi.

Selepas itu, saya ade perbincangan bersama kawan2, antara isu yang disentuh adalah Ikhtilat, isu Ketuanan Melayu, Syurga Melayu, Kerajaan Perpaduan. Ada lagi beberapa perkara yang tidak diingati semasa menaip diari ini.

Hampir separuh pukul 11, saya masuk ke peraduan peribadi.

Makan roti sebagai bekalan sahur.

Saya bukak laptop, berdiskusi di FB, berbincang di Pidgin. Sambil2 nota BMW di tepi kerana esok ada exam BMW pada pukul 8mlm.




15 Disember 2010


Sebelum tidur, wudhu' diambil, lampu ditutup, bacaan kitab agung dipasang, buku sampingan diambil, dibaca dalam suluhan lampu jalan yang berbalam-balam, ditambah cahaya screen laptop yang maksima.

Buku kecil itu dibaca, belum sampai muka surat kelima, mata sudah kuyu. Beberapa ketika, cahaya skrin komputer riba terpadam. Saya punya mata juga terpadam.

Bila sedar, azan sudah lepas, sahur sebelum azan x sempat. Alhamdulillah, sempat sahur semalam.

Lepas subuh, baca al-Mathurat. Lepas itu, terus cek emel, tgk FB, balas diskusi semalam.

Sambung baca nota BMW semalam, baca tertidur, tertidur sedar dan baca kembali.

Pukul 10pg, ke kelas.

Sebaik membaca tasbih kafarah dan surah al- 'Asr, saya bertanya kawan sebelah.
"BMW malam ni kat MPN kan?"

"CI lah, BMW esok lah"

'Yeke? Em, Alamak!!. Tak habis 'revise' lagiiiiii.!'

Sampai sahaja di bilik. Terus dicapai nota CI, dibaca sehingga Zohor, habiskan bab Muslim World. Sambil menghabiskan nota, beberapa perkara melekat di otak hingga kini.

Bab kemunduran dunia Islam kini, ketinggalan dunia Islam dalam ilmu komunikasi moden, ketinggalam dalam bidang Teknologi Maklumat.

Ada juga dibincangkan Penyelidikan dan Pembangunan di Dunia Islam.

Menurut sumber daripada Bank Dunia 1998, Laporan pembangunan Dunia, buku statistik UNESCO.

Kajian mengenai jumlah saintis penyelidik antara 1987-97 mendapati Negara Islam paling banyak saintis penyelidik adalah Iran, iaitu 560 orang per satu juta. Diikuti Mesir, 459 orang saintis penyelidik per sejuta. Manakala Malaysia adalah 93 orang penyelidik oer sejuta.

Singapura, 2318 per sejuta. Amerika Syarikat 3676 per sejuta. Dan, yang paling banyak adalah Jepun 4909 per sejuta.

Seterusnya, nota yang saya baca ada memberitahu bahawa. Pemenang Anugerah Nobel, Abdus Salam pernah berkata bahawa:

"Dunia Islam mestilah memacu ke arah kemajuan sains dan teknologi. Memandangkan ekonomi dunia semakin maju, jurang antara negara industri dan Dunia Islam semakin lebar, manakala kemajuan sains dan teknologi masih lagi milik negara-negara di Utara. Negara-negara Islam mestilah melakukan penerobosan dengan menciptakan Yayasan Sains Islam sendiri. Badan tersebut mestilah di pacu oleh negara orang-orang Islam dan beroperasi secara bersama. Ia mestilah bebas politik, mempunyai asas sains yang asli, dan dijalankan oleh pakar-pakar sains dari Dunia Islam sendiri."

Zohor rehat sekejap, selepas Zohor,

Sambung bab OIC.

Dalam bab OIC ia menerangkan sejarah penubuhan, tanzim OIC.

Tetapi bila bercakap berkenaan OIC, banyak yang bermain di fikiran saya. OIC mempunyai ahli kedua teramai selepas PBB. Tetapi mengapa masih lemah jika dibandingkan dengan EU.

Pada pendapat saya, OIC hanya cantik di atas kertas, hanya cantik pada susunan tanzim dan skop kerja. Tetapi kurang hasil yang betul-betul dimahukan ummat Islam.

Sebagai contoh, dalam OIC tidak diaplikasikan sistem pengutipan Zakat. Masih banyak lagi negara-negara muslim yang lemah dari sudut Ekonomi. Tetapi negara yang tinggi perkapita seolah-olah tidak membantu negara yang perkapitanya yang rendah, teramat rendah.

Lagi, tiada matawang penyelarasan ahli anggota. Tidak seperti EU, yang memiliki matawang Euro.

Lagi, tiada unit tentera OIC yang membela ummat Islam. Mallah lebih ZALIM/KEJAM/BANGSAT, Mesir sewenang-wenangnya membuka laluan udaranya untuk pesawat Binatang Zionis dalam misi 'Cast Lead'. Lebih teruk lagi, apabila Mesir sendiri menutup pintu sempadan yang menghubungkan Mesir dan tanah Ghazzah.

Itulah luahan saya untuk OIC

Selepas membaca nota, saya ke klinik untuk menimbang BMI (Body Mass Index). Alhamdulillah, peningkatan yang baik selepas beberapa hari.

Selepas itu ke DoAP untuk menghantar Graduation Audit Slip.

Kelas CI petang tadi amat menyeronokkan. Seperti biasa Sir Azib dengan gayanya sentiasa ceria menghangatkan perbincangan berkenaan tajuk. Tidak lupa berbincang berkenaan exam malam harinya.

Selepas kelas, saya sambung membaca nota CI, bahagian kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah (Osmanli Devlet dalam Turkish). Untuk bab ini, saya jauh sekali untuk menghuraikan nota saya. Kerana ia amat-amat lari. Ditulis oleh orang Kafir. Amat jauh perbezaan jika dibaca dari tulisan orang Islam sendiri.

Disini saya heran, kenapalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang mana salah satu misinya adalah Islamisasi. Tidak bertindak menggunakan silibus olahan muslim sendiri.

Setelah selesai membaca nota-nota untuk subjek exam malam harinya.

Saya ke ruang siber. Membalas komen di FB. Cek emel. Buka Malaysiakini.com lantas terkejut. Zaid Ibrahim dah jadi presiden parti KITA. Tergelak pun ada, lucu pun terbit juga. Gelak kerana geli hati terhadap perangai insan ini. Lucu sebab teringat sejarah Dato' Onn Jaafar, keluar UMNO dan tubuhkan parti baru. Tetapi untuk menyamakan Zaid dgn Onn Jaafar amat jauh sekali. Anda bacalah sendir, tafsirlah pembacaan dengan mata hati dan pengalaman nurani.

Kemudian baca pula Harakahdaily edisi bahasa Inggeris. Tajuk, Only 2 out of 7000 Kelantan civil servants caught for corruption. Memang bangga saya dilahirkan di Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dalam laporan itu, walaupun hanya 2 orang, perkara ini mestilah dilihat besar kerana perkara buruk mestilah dihentikan sebelum ianya merebak.


Puasa dibuka hanya dengan muffin dan milo yang amat-amat manis. Sengaja ditempah sebegitu.

Exam CI dijawab hanya dalam jangkamasa 26 minit. selepas itu keluar.

Sesampainya dibilik saya menelefon kawan yang menanyakan masalah berkaitan berpersatuan. Perbualan 28 minit itu alhamdulillah dapat melegakan hati saya dan hati kawan saya. Adalah solusi sedikit-sebanyak.

Tamat sahaja berborak, saya bersiap-siap untuk ke gimnasium. Memandangkan siang hari tidak tertunai nafkah jasad, ditunda ke waktu malam.

Semasa di gimnasium, tread-mill digunakan untuk sesi fat-burn menggunakan kaedah Interval Training, teknik yang dapat meningkatkan metabolisma badan.

Selepas terad-mill. basikal pula. Selepas basikal, senaman abdomen menjadi sasaran.

Selesai sahaja pulang dari gimnasium, besih diri.

Menonton Soal Jawab di TV3, tajuk pendidikan seks. Sambil-sambil makan roti nan, makanan berat untuk badan selepas hampir satu hari.

Tamat Soal Jawab, tamatlah diari ini.

Terima Kasih membaca sehingga habis.


***********************************************
Ashcroftstylus Az
PA UIAM Nilai
16 Disember 2010
0026-0250

Musik latarbelakang:
Bunyi exosflow dan kipas siling

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP