Selamat Berehat kepada 'Mujahid' Nejmuddin Erbakan
Pagi ini aku amat kecewa, kecewa sekali kerana aku tertinggal daripada mengikuti isu semasa secara menyeluruh.
Pagi ini, 10 Mac 2011 aku dapat berita melalui FB bahawa, mujahid Agung dari tanah Anatolia telah selamat memasuki ruang berehat. Tempat rehat abadi dinamakan alam baqa'.
Nejmuddin ataupun dalam bahasa Turki dipanggil Necmettin Erbakan telah meninggalkan kita semua pada 27 Feb 2011 yang lalu. Kecewa sungguh hatiku ini me
nerima lewat sangat berita ini.
Suka sekali hatiku ini memanggil beliau Prof. Ir. Necmettin Erbakan kerana, beliaulah bagi hatiku seorang engineer yang hebat. Pernah bekerja dengan syarikat membuat kereta kebal di German dan telah merekacipta beberapa ciptaan engineering yang hebat.
Bukan sahaja bekerja di kilang2 pembuatan, tetapi beliau juga seorang professor.
Bukan itu sahaja, beliau juga adalah menjadi pejuang rakyat, pernah beberapakali di penjara oleh Tentera Sekular Turki.
Aku amat kagum dengan tokoh ini, walaupun sudah tua, tua yang sangat, tetapi masih lagi mampu berdiri.
Beliau tidak serik menentang dasar yang bertentangan dengan Islam. Beliau tidak serik walaupun dipenjara beberapa kali, itulah janji Allah dalam al-Anfal:ayat 30
Inilah sahaja kenangan memori aku bersama kamu wahai mujahid Necmetin Erbakan.
Ashcroftstylus Az,
5 Rabi; Thani 7.50pagi (GMT 0050)
Kuala Kubu Bharu, Malaysia.
0 Komen:
Post a Comment