Tarian POCO-POCO HARAM. Surat Mufti Perak.
Gambar Hiasan
Di bawah adalah salinan surat daripada KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK KALI 186. Di bawah sekali adalah surat asal.
Di bawah adalah salinan surat daripada KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK KALI 186. Di bawah sekali adalah surat asal.
Pangerusi
Persatuan Kakitangan Islam Malayan Islamic Banking (PKIMB) Perak
Maybank Ipoh Trade Finance Centre
Tkt 8, Bangunan Maybank Trust
No. 28, Jalan Tun Sambanthan
30000 IPOH.
Tuan,
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK KALI 186 BERKENAAN HUKUM SEBENAR BERKAITAN TARIAN ATAU SENAMAN POCO-POCO
Dengan penuh hormatdan takzimnya didoakan semoga pihak tuan berada di bawah lindungan Allah SWT.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali 186 bertarikh 24-26 Januari 2011 bersamaan 19-21 Safar 1432 telah memutuskan keputusan seperti berikut:
"Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1432H kali 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan."
Kerjasama dari pihak tuan disahului dengan Jazakallahu khairan kathira.
Sekian
"WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH"
Saya yang menurut perintah,
(TAN SRI DATO' SERI (DR.) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA)
Mufti Negeri Perak
Darul Ridzuan.
4 Komen:
assalamualaikum
sayangnye...kat tmpt sy br2 ni, tlh berlangsung juga tarian ini...
phk terbabit tlh berusaha utk mencari bukti yg kukuh berkaitan haramnye tarian poco2 ni..tp syg, xberjaya menemuinya..disbbkan xdpt kemukakan bukti2, program tarian ini diteruskan juga...=(
ap2 pom, terima kasih atas mklmt ni...mgkn slps ini, xkan dibuat lg tarian ini di tmpt sy...
SEDARI SUFi,
begitulah, kat mane2 pon, kat tempat saya pon, walaupun ade i, tapi berlaku jugak...so skg bukti dah ada, so, gunakanlah.
Salam'alaik,
Mgkin saudare juga boleh melihatnya pada pandangan yg berbeza..
http://drmaza.com/home/?p=1384
bereh zul, gu kito....
Post a Comment