Diari 3 Mac 2010
“Gi dok la-eng”( Pergi jauh2) Pinta aku kepada adik sebermula menaip post ini. Jujurnya aku tidak senang jika ada orang yang memerhatikan aku menaip, lebih2 tulisan aku itu akan dimasukkan ke dalam blog.
Jam 0000
“Beep” Jam hitam merah aku berbunyi menandakan telah masuk peralihan jam yang baru. Ia lansung tidak mengejutkan aku, tetapi mengigatkan aku bahawa hari baru menurut tarikh masihi telah masuk. 3 Mac 2010.
Waktu ini mataku tekun menatap novel terbaru daripada Ramlee Awang Murshid, ‘9 Nyawa’. Novel kali amat lain daripada novel sebelumnya. Ia seperti menggabungkan trilogy Bagaikan Puteri dan Rahsia Perindu. Perjalanannya tidaklah serumit Rahsia Perindu yang memerlukan aku memerah otak menyusun plot2 dan fakta2 yang ber-belit2. Aku amat meminati tulisan daripada penulis ini, banyk fakta2 berkaitan dgn pekerjaan org2 yg bekerja di hospital diperkenalkan. Aku amat lega, selesa dan tenang dgn itu semua.
Jam 0220
Aku masih lagi tekum membaca novel itu, menghampiru penghujung, tetapi masih lagi jauh sejauh 50 muka surat. Aku hairan seketika, kenapa pembacaan aku tidak laju seperti dulu. Novel Ranggau, juga dari penulis yang sama, aku sempat habiskan dalam masa 17 jam, hanya berhenti untuk solat dan tidur ataupun tertidur sahaja. Makan pun setelah aku merasakan diriku amat2 penat. Kebetulan juga waktu tu adalah waktu cuti sekolah, novel itu aku pinjam daripada kawanku yg berasal daripada besut.
Jam 0310
Lega rasanya, dapat juga aku tamatkan bacaan aklu kali ini. Aku lantas ke ruang tamu, lantas menekan punat turn on komputer aku.
Tiada apa yang dilakukan, hanya mahu menjenguk e-mel dan update Facebook aku. Sayangnya internet tidak dapat disambungkan, hatiku sedikit merungut lantas memujuk. ‘Hari lain pun xpe, lagipon xda pape yg urgent’.
Jam 0350
Aku menutup computer itu kerana mataku amat2 mengantuk, tidak dapat aku menahan asakan mataku lagi.
Jam 0550
Aku dikejutkan mama untuk solat subuh berjamaah. Seperti biasa ayah akan menjadi imam, dan yang laen makmum.
Jam 0830
Aku ke kedai, atau sebenarnya syarikat ayah aku. Bila dah kat syarikat printing, mcm2 kerja ade, ade yg kendalikan mesin cetak, mesin susun kertas, mesin potong kertas dan mcm2 lagi.
Aku diarah oleh ayah untuk menyusun kertas menggunakan mesin. Mesin itu amat mudah, hanya cukup lecture selama 10 saat aku telah mahir.
Selama di kedai itu, ada beberapa perkara yg buat aku kecewa, antaranya sikap pekerja. Walaupun pukul 9, hanya aku sorang sahaja berada disebelah belakang, iaitu tempat bekerja. Pekerja pertama yang sampai paling awal pun pukul 9.15 itupun agak lewat sebenarnya. Prinsip aku, jika aku lewat sesaat, aku tetap dikira lewat sebab telah melewati masa. Akan tetapi masih banyk orang diluar sana , x kira dimana berada, masih lagi tidak mementingkan penjagaan dan pembahagian masa.
Setelah siap menyusun, aku letak di atas meja sebelah tepi kertas2 yang disusun. Lalu kertas2 itu dilipat menjadi buku dan distaplerkan. Seterusnya adalah proses pemotongan, ia bertujuan untuk melicinkan bahagian tepi buku yang dilipat supaya kelihatan kemas dan teratur dan memudahkan urusan pembungkusan.
Jam 1400
Setelah selesai berjamaah solat zohor dan sebelum itu aku mkn tgh, aku terus ke pustaka awam Kota Bharu. Disitu aku menghabiskan masa selama satu jam lebih. Tiada apa2 yg dilakukan selain mundar mandir mencari buku2 yg sesuai dan berkenan untuk dipinjam. Pada mulanya hasrat hati ingin meminjam buku dalam bahasa inggeris, aku x kisah buku pasal ape pon, novel ke, ape ke, yg penting bags dan bermanfaat untuk aku. Lalu ade beberapa buku yang aku cop seperti Trump 101, tetapi akhirnya buku bahasa melayu jugak yang aku pinjam.
Pertama , Tebusan Tupac Amaru : PENGALAMAN DUTA MALAYSIA DI PERU-Mokhtar Selat. Buku itu telah ditulis sendiri oleh tuan duta Mokhtar. Ia menceritakan pengalaman beliau menjadi tebusan di kediaman duta Jepun. Mereka dikepung pada 8 malam pada 16 Dis 1996. Kediaman itu telah diceroboh oleh kumpulan gerila semasa duta jepun mengadakan majlis keraian.
Kedua, Anda BERKARISMA Apabila…?-Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah Ahmad Naim Jaafar.
Jam 1530
Aku meneruskan jalan kaki aku ke Jaafar Rawas, hanya sekejap masa aku disitu kerana telah aku rencanakan apa buku yang akan dibeli.
Buku yang dimaksudkan tadi adalah buku bertajuk JALAN DA’WAH : ANTARA QIYADAH DAN JUNDIYYAH & KESATUAN AMAL ISLAMI DALAM SEBUAH NEGARA, ke dua2 buku itu telah dirulis oleh al-Ustaz Mustafa Masyhur.
Jam 1950
Aku bersama ayah menghantar adik aku ke sekolah untuk kelas tahfiz. Aku dihantar ayah ke Usrah Pemuda, usrah bermula selepas solat isayk berjamaah. Pada sesi usrah kali ini, ustaz tidak memulakan usrah dengan membaca mathurat seperti biasa, tetapi ustaz meminta semua ahli usrah pada hari itu tasmik al-fatihah. Aku xlah terkejut sgt kerana itu tdk menjadi masalah, ALhamdulilah.
Tetapi, dalam ahli yang seramai hamper 30, hanya tidak sampai 10 yang lulus bacaan al-fatihah. Itulah yang diluahkan oleh kppkb.
Jam 2200
Usrah berakhir dengan sedikit jamuan, aku menunggu kawan aku , setepatnya sahabat lama aku, yang bersama-sama menjadi orang penting dalam Persatuan Falak Syarie MML dan MPPMML. Dialah Asyraf AZMIN…… Seperti malam2 biasa cuti aku, aku bersama asyraf dan beberapa orang lagi menghabiskan masa untuk menangkap gambar2 langit.
0 Komen:
Post a Comment