NOVEL: Gulag Pudu
EPILOG
[Bukit Beruntung, 18 Jun 2016]
"Waowk, waowk waowk." Seekor burung hantu telinga pendek yang bertenggek di puncak tiang bersenandung. Bunyi yang menggerunkan kanak-kanak malah gadis remaja yang kadang-kadang lalu lalang di situ. Burung hantu telinga pendek, sejenis haiwan bercirikan krepuskul iaitu sejenis haiwan yang aktif di waktu Mahgrib dan dinihari menghampiri Subuh. Kadangkala, burung hantu secara amnya bercirikan nokturnal, tidur di siang hari dan aktif di malam hari.
"Waowk, waowk waowk." Sesekali ia mengeluarkan bunyi 'toot, toot, toot' dengan nada serak-serak basah. Matanya sesekali tunduk, berpusing ke kiri dan ke kanan.
Di bawah pokok, di sebelah tiang lampu. Seekor ibu kucing bersama dua ekor anaknya yang berumur tiga bulan sedang bersenang-senang. Sesekali anak-anak kucing itu bergurau sesama mereka. Anak-anak kucing itu sesekali juga bermain berhampiran dinding sebuah rumah berhampiran, sesekali ia mengacah-ngacah lubang di bawah tangga sebelah 'corner lock' rumah tersebut.
Sambil bermain-main, tiba-tiba keluar sebuah makhluk bersaiz dua kali ganda dari anak kucing tersebut lalu bertembung. Anak-anak kucing secara tabi'ie, seperti yang disusun atur satu kuasa mengcengkam kuku kakinya keluar sambil membengiskan mukanya serta mengeluarkan bunyi "Grrrrrgh" ke arah tikus yang besar itu. Tikus itu dari awal sejak terkejut bertembung dengan anak kucing itu terus berlari tidak tentu arah ke arah pagar.
Terlihat tikus sedang berlari di halaman, burung hantu telinga pendek tanpa membuang masa, menguakkan sayapnya terjun sepantas kilat terbang mencari mangsa. Penantian penuh sabar tidak harus dibazirkan.
Tikus itu melajukan lariannya tatkala sedar datangnya mangsa.
Burung hantu telinga pendek mengubahkan kedudukannya hanya dua hingga tiga kaki dari tanah dan dalam masa yang sama mengeluarkan kakinya untuk menukik tikus tersebut.
Tikus yang sedar akan bahaya yang menimpa meneruskan berlari dan berhenti dalam barang antara satu hingga dua saat. Tiba-tiba bergerak secara mengejut ke kanan dan terpelanting sedikit setelah terkena kuku kaki burung hantu telinga pendek. Walaupun cedera, ia selamat pada kali ini.
Burung hantu telinga pendek tadi jatuh dan terbabas di atas tanah dek gagal menangkap tikus tersebut. Badannya sakit dan sayapnya terlipat menyebabkan ia sakit dan memerlukan masa untuk bangkit.
Tikus yang dalam keadaan cedera meneruskan jalannya, perlahan dan senget-senget, cuba sedaya upaya. Tiba-tiba badannya terasa diangkat dan tanah semakin menjauh dari pandangan. Perutnya yang buncit itu senak ditekan oleh kaki burung. Kemudian, terasa badannya terlayang-layang dan jatuh terhempap ke atas bumbung.
Burung hantu kubur atau lebih dikenali dengan nama burung pungguk jelapang oleh Orang Melayu mendarat dan melakukan patukan membunuh di tengkuk tikus itu. Tamatlah hidup, berhenti berdegup jantung, tiada lagi sakit.
"Waaaowk, waaaaowk." Kuat jeritan burung pungguk jelapang, seperti bergembira mendapat habuan besar dan berjaya menewaskan musuh tradisinya, burung hantu telinga besar. Menurut cerita orang-orang tua. Dua jenis burung ini sering bertelinkah berebut kemegahan.
*******
'Waowk, waowk.' Bunyi punggok itu kedengaran samar-samar dari dalam bilik sebuah rumah. Kelihatan penghuninya sedang membelek sebuah buku seakan-akan diari bergambar.
Terdapat sebuah rangkap yang terulis pada gambar itu.
"I've seen freedom and justice,
I've just found pain and hate,
Here is just the shame of human being,
Open your eyes, open your hears,
Are you hear this? FREEDOM!"
'Waowk, waowk.' Bunyi punggok itu berbunyi kembali, orang muda itu mendengus lalu buku dikatupnya. Lalu diselakkan langsir, matanya merenung langit.
Langit pada malam itu cukup indah, jendelannya yang menghadap ke selatan membolehkan dia merenung pelbagai objek di angkasa malam itu.
Bulan yang paling terang. Berdekatan bulan dua buah planet yang masyhur, planet Marikh dan satu lagi dia lupa namanya. Kedudukan bulan malam itu dalam wilayah Scorpius, turut bersinar-sinar terang berwarna merah, alpha Scorpius, Antares namanya, bintang paling terang dalam daerah buruj Antares.
Langsir ditutup, dia harus tidur.
Sudah terbiasa dan seakan-akan ada jam, jam 3 pagi mesti dia tersedar dari tidur. Tidurnya kadang-kadang dihiasi mimpi indah, ada juga dihambat igauan-igauan misteri. Malam itu tidurnya kosong. Dia mengankat badanya, kakinya masih lagi diatas katil. Dia toleh ke kiri, melihat meja bacaannya, kelihatan diari gambar yang dibacanya sebelum tidur tadi. Kelihatan juga, susunan buku yang kemas dan rapi. Kecuali ada satu buku yang terkeluar sedikit dari susunan tersebut. Buku tulisan Hannah Bradby-Media Sociology.
Tatkala bangun, terus dicapai tuala dan ke bilik mandi. Selesai. Pakaian serba hitam dipakai. Hitam, gelap, kelam, lambang keunggulan. Malah, juga lambang kejahatan.
Baju hitam berlengan panjang, jeans hitam, kasut hitam. Hitam yang melitupi badannya, hanya bahagian kepala dan tapak tangan sahaja terdedah.
"Tap, tap, tap" bunyi langkah kaki seseorang berjalan. Kemudian hilang. Khali seketika.
'Ahh'. Bentak hatinya, mungkin masih lagi mamai kata hatinya, bunyi tadi tidak diendahkan. Kemudian terus keluar dari rumahnya. Itulah rutin harian. Bangun jam 3 pagi, bersiap dan keluar dari rumah.
*******
Hampir seratus meter dia berjalan menjauhi rumahnya, dia cuba menoleh ke belakang menjenguk rumahnya. Entah mengapa, hatinya berasa tidak sedap hati, bukan seperti kebiasaannya.
Saat dia berpusing dan menoleh ke rumahnya, ada kelibat dua orang keluar dan menjauhi rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.
Terjejut dengan keadaan itu, dia terus berlari sepantas kilat, kabur antara pilihan mahu mengejar kelibat itu atau cuba silidik dahulu rumahnya.
'Rumah lagi penting' bentak hatinya. Sejurus itu juga kakinya terus berlari menuju ke rumahnya,.
Dalam jarak 20 meter dari rumahnya.
"Booom". Rumahnya meletup, letupan yang kuat hingga menolak dia kebelakang, terpelanting, dan jatuh tersentak kepalanya.
Dia cuba bangun, tetapi kudratnya yang cergas tadi itu sudah hilang. Dalam samar-samar cahaya api rumahnya yang terbakar, nampak kelibat dua orang tadi datang ke arahnya, di tangan salah seorang daripada mereka kelihatan seperti memegang kayu.
Objek seperti kayu itu seperti dihayun mendekati kepalanya.
Beberapa ketika sahaja. Penglihatannya padam.
Gelap.
Pengsan.

IBEDEM SATU
[Pergunungan Siberia, Julai 2016]
"Welcome. Welcome my son" Satu suara menyapa dalam bahas Inggeris pelat Rusia.
Dia cuba memerhati, dihadapannya ada seseorang yang menyapanya. Wajah orang tersebut terlindung dari cahaya lampu yang terang di belakang. Kepalanya dipusing kiri dan kanan. Diperhatikan, didinding itu penuh tulisan yang tidak difahami.
"Welcome back my son. Welcome back. Back to Gulag."?
'Gulag?' Persoalan yang timbul, apakah Gulag. Matanya tertoleh kiri dan kanan, otaknya ligat berfikir, apakah Gulag.
"I'm. Andrei, Andrei Petroevsky. Remember me?" Kata orang dihadapannya, sambil berdiri berlalu pergi meninggalnya disitu.
'Aduuuh, sapa pula mamat ni?' Persoalan dalam dirinya timbul kembali.
Dia menoleh ke kiri, memerhati akan sebuah rangkap tulisan. Di penghujung rangkap itu tertulis satu nama. "Достоевский". .Bahasa apa ini?'
"A-O-C-T-O-E-B-C-K-N-N" Suaranya keluar mengeja secara perlahan.
"Hey!!" Andrei masuk secara tiba-tiba dan terus menghayunkan kayu kearahnya. Padam.
Gelap.
Pengsan lagi.
0 Komen:
Post a Comment