3 TIPS TAZKIRAH DENGAN KONFIDEN

Saturday, July 31, 2021

Teringat dulu dekat DQ. Aku curious sangat nak tahu cara nak bagi tazkirah dengan berkesan.
Aku dulu duduk dalam circle yang jenis syiok dan pandai bagi tazkirah. Tazkirah dia tu, berdegar-degar, bergegar masjid, khusyuk orang dengar, walaupun student, dah macam tazkirah pendakwah bebas dalam TV dah.
Ini antara tips yang aku kumpulkan sepanjang berada kat sana, ada dari guru, ada dari senior, ada dari kawan, ada yang aku buat pemerhatian.
TIPS 1,
Kena ada seseorang speaker yang famous yang kita follow, gaya tazkirah dia kita kena tiru sebijik-sebijik. Tiru je tanpa fikir.
- Cara bagi salam
- Selawat/doa awal ucapan
- Apa ayat al-Qur'an yang kerap dibaca
- Huraian selawat/doa/ayat al-Qur'an
- Cara masuk point utama, boleh by isu semasa, sejarah, fakta
- Goreng sampai habis
- Dah syiok terbang, kena tahu car nak landing.
Kalau aku, suka contohi intro ucapan daripada Haji Hadi, beliau punya intro ingat sampai seakarang, malah, beberapa student front leader waktu tu pun dok ikut beliau, aku pun apa lagi, folow the flowlah.
TIPS 2,
Kita kena ada tajuk kita sendiri nak cakap, dan tajuk tu jenis everlasting, tak kisah bila dan dimana. Biasanya berkaitan Fardhu Ain. Lepas tu tajuk tu kita boleh bercakap 5-10 minit gitu. Lepas tu kita boleh susunlah tazkirah tu dengan salam, selawat, dan masuk topik. Pilihlah tajuk yang kita tahu, buat dan amal.
Tajuk yang aku ingat dulu, satu je, cara khusyuk dalam solat mengikut cara imam al-Ghazali, itu pun rujuk buku khusyuk dalam solat by almarhum Tok Guru Nik Aziz
TIPS 3,
Ni bagi sesiapa yang nak bercakap kat depan tapi takut atau pun berdebar. Jangan bagi ada eye contact dengan penonton. Lagi best kalau speaker yang rabun ni, bukak je spec tu, nanti tak nampak orang, jadi bolehlah fokus nak sampaikan point tu.
Dah, sekian, PAGI.



Gambar ni dirakam oleh Khiruddin Tok Ngulu, 8 Mac 2013, hari jumaat. Korang nampak aku kat mana?
Sekarang dah tak berdebar bercakap, tapi malas je.

Read more...

Cara nak kuruskan badan tanpa jaga makan.

Tuesday, July 27, 2021

Sebenarnya ada sahaja cara nak kuruskan badan tanpa makan produk, tanpa susah payah nak diet. Cara ni amat cepat, senang dan mudah.

Saya bagi nama teknik ni, MENTAL SELF IMAGE.




Mental Self Image ni teknik kita guna untuk kawal dengam beri arahan kepada otak kita supaya otak kita uruskan badan kita supaya bertindak mengikut arahan yang kita nak. Nak buat apa pun boleh. Kuruske, berjaya bisneske, memasakke, tapi contoh kali ni lebih kepada nak kurus 
Cara-cara nak buat Mental Self Image ni mudah je. Ada tujuh langkah.
1. Pilih satu model yang korang nak contohi, Cristiano Ronaldo ke, ahli sukan mana-mana ke. Kalau kau lelaki cari model lelaki. Kalau kau perempuan, cari model perempuan tau. Aku tak ajar kau buat dosa kat sini.
2. Print gambar model tu. Print besar-besar. Colour printing lagi bagus.
3. Tampal dekat tempat yang korang boleh tengok hari-hari. Kalau kau perempuan, model perempuan, tampal dekta tempat yang suami kau tak nampak, barulah terjaga mata suami kau dari dosa.
4. Hari-hari kena tengok gambar tu. ni kunci dia, tak tengok tak jadi.
5. Sambil tengok gambar, buat affirmation. Sebut nama, contohnya nama kau Afyan "Hai Afyan, bestnya kita jadi fit macam model ni."
6. Tunggu dua bulan. Biasanya dua bulan dah ada results, jadi slim ke sikit, makan dah otomatik boleh kawallah. Ada yang dapat results se awal sebulan.
7. Dua bulan kalau kurus, ni nombor dia 878787459 CIIMB

Memang tak semua kurus tu sihat, tapi kalau gemuk dan obesiti memang masalah.

Sekian. Semoga kau cepat Kurus. 

Follow saya;
Facebook : https://www.facebook.com/ahmadashraf.azhar/
Telegram: https://t.me/AAshraf_Azhar
Tiktok: https://www.tiktok.com/@ashraf_azhar
Clubhouse : https://www.clubhouse.com/@ashraf.azhar

Read more...

ICM Showcase 7 Julai 2019

Monday, July 08, 2019

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi melawati blog ini.

Kali ini saya nak share point point yang saya dapat dari sesi showcase sempena TITANIUM Inner Circle Meeting di Terengganu pada 7 Julai 2019.

[Tuan Ajmal]
- Kerja makan gaji, hujung bulan gaji tak cukup, anak sakit
- Join IMKK, hidup berubah, join TITAN kagi berubah.
- Bukan setakat dekat dengan Doc, tapi circle yang lagi positif. Terutama peniaga yang lonely, perlu ada circle.
- One to one session. Bukan tak nak pujian orang luar. One to one, akan sentiasa membakar untuk memacu bisnes.
- Apa yang betul? Invest one the team's knowledge. Believe in your team.

[Tuan Syazarul Ismail, 21]
- TITAN tak kedekut ilmu.
- Tak sangka ICM begitu hebat, sangat teruja.
- 4 bulan dah jadi TITAN.
- Apa yang betul? Ilmu yang betul, tanya orang yang dah berjaya. Belajar dari pengalaman, berani terjun, berani naik.
- Jual Popcorn je. 1 juta.
- Dapat bantu family, saudara mara.

[IRAH SUKRI]
- Kenapa susah nak sertai TITAN? Sebab kefahaman berbeza, perlu masa nak faham, nak letak di dalam jiwa.
- 205% peningkatan? Buat je apa yang doc suruh. Buat live.
- Konsisten perlu. Buat perlu. Ikut cakap perlu.

[no name]
-Motivasi down, sales down.

[YUSMANIZA SISTER'S]
- Apa perubahan jadi TITAN? Dari takda duit dalam akaun, kepada duit banyak tak tahu nak buat apa.
- Mindset untuk teamwork.
- Betulkan diri, team, pastikan cash masuk hari hari.

[CIKGU MANIS]
- Bawak gelas kosong. Isikan dengan ilmu bermanfaat.
- Jadilah resmi padi.
- Share bermanfaat. Sedekah menafaat. Anak soleh.

[NAJWA, HOTEL BAJET MIRI]
- Buat bisnes seawal 17 tahun.
- Dengar apa yang staff nak, banyak mendengar daripada bercakap. Terutama staff yang lagi berumur.
- Perlu ingat tanggungjawab sebagai hamba.
- Minta feedback customer.

[PUAN SITI HAWA, JERSI CUSTOM]
- Clarity in business from mentor.

Dicatat oleh,
Ashraf Azhar,
Co-Founder WOWOW Services
fb.me/wowowservices
Instagram.com/wowowservices
https://zerotohero.com.my/?ref=ashrafazhar

Read more...

Cara Menulis Ulasan (Review) Buku 1

Sunday, August 27, 2017

Ulasan(Bahasa Inggeris; Review) bukanlah sebuah ringkasan(Bahasa Inggeris; summary). 


Ringkasan tulisannya agak panjang sedikit kerana penulis ringkasan biasanya akan menulis semua perkara yang ada dalam sesebuah buku. Ia akan membuatkan pembeli tawar hati untuk membeli buku itu kerana sudah tahu pengakhirannya.

Seharusnya ulasan sebuah buku:-
1] Garis besar yang digagaskan penulis.
2] Kemukakan pendapat mengenai buku tersebut, samada bagus atau sebaliknya.
3] Komen mengenai perjalanan atau pembawaan penulis.
4] Penggunaan perbendaharaan kata atau kesesuaian tatabahasa.
5] Kualiti terbitan dari segi penggunaan kertas, cara pembukuan, pemilihan fon, jarak fon.
6] Tokoh penulis atau penulisan contoh yang bagus untuk perbandingan.
7] Paling penting, judul buku, penulis, penerbit dan jumlah halaman.

Sekian.

Sumber:

Ikuti:-
http://www.facebook.com/ashraf.azhar.ahmad
http://www.twitter.com/ashcroftstylus

Read more...

Bingkisan 2017 dan Rigkasan Interlok

Saturday, August 26, 2017


Permulaannya saya membaca buku 'Perpuakan PAS Era Abdul Hadi Awang' tulisan Syahidulamri Khairuddin. Kemudian 'Say It Like Obama', oleh Shel Leanne. Buku pertama lebihnya kepada pembuktian bahawa wujudnya perpuakan yang berlaku dalam parti PAS menelusuri sepanjang sejarah PAS. Bagi saya buku ini terlalu deduktif cara kajiannya. Buku kedua lebihnya pula pada psikologi-politik (Bahasa Inggeris; political-psychology) seorang sosok bernama Obama. Tidak dinafikan Obama adalah seorang ahli politik yang mahir berpidato. Penggunaan ayat yang mengagumkan. Retorik yang menarik. Be

Read more...

Ringkasan video "The end of power: Moises Naim at TEDxGeorgetown"

Sunday, January 04, 2015



Buku pertama yang Mark Zuckerberg baca untuk tahun 2015. The End of Power, tulisan Moisés Naím bekas menteri Venezuela.
Ringkasnya, idea The End of Power memperkenalkan trend "POWER" semakin hilang dari penguasa-penguasa di dunia sekarang.
Bandingkan berapa ramai sudah negara Autokrasi bertukar kepada Demokrasi.
Naim menghujahkan, perkara ini berkalu kerana 3 REVOLUSI, MORE, MOBILITY dan MENTALITY

Read more...

[Diskusi Risalah Nur]

Wednesday, April 09, 2014



9 April 2014, selepas Isya'


Pembangunan individu adalah sosok penting dalam menatijahkan masyarakat
yang berkualiti kerana individu yang kuat, akan menguatkan masyarakat.


Individu tidak dapat meminggirkan dirinya daripada struktur masyarakat.
Walaupun sesuatu kehendak itu bersifat peribadi, individu tersebut
perlukan masyarakat untuk merealisasikannya. Sebut sahaja perihal makan,
ia pasti boleh jadi kehendak peribadi untuk memenuhi tembolok sendiri
tetapi individu tersebut perlu menghubungkan dirinya kepada masyarakat
sekeliling untuk memenuhi kehendak yang berbentuk peribadi itu.

Individu, pada akhirnya, ia juga secara keseluruhannya akan bersatu dengan masyarakat.

Read more...

NOVEL: Gulag Pudu

Saturday, April 05, 2014


EPILOG

[Bukit Beruntung, 18 Jun 2016]

"Waowk, waowk waowk." Seekor burung hantu telinga pendek yang bertenggek di puncak tiang bersenandung. Bunyi yang menggerunkan kanak-kanak malah gadis remaja yang kadang-kadang lalu lalang di situ. Burung hantu telinga pendek, sejenis haiwan bercirikan krepuskul iaitu sejenis haiwan yang aktif di waktu Mahgrib dan dinihari menghampiri Subuh. Kadangkala, burung hantu secara amnya bercirikan nokturnal, tidur di siang hari dan aktif di malam hari.

"Waowk, waowk waowk." Sesekali ia mengeluarkan bunyi 'toot, toot, toot' dengan nada serak-serak basah. Matanya sesekali tunduk, berpusing ke kiri dan ke kanan.

Di bawah pokok, di sebelah tiang lampu. Seekor ibu kucing bersama dua ekor anaknya yang berumur tiga bulan sedang bersenang-senang. Sesekali anak-anak kucing itu bergurau sesama mereka. Anak-anak kucing itu sesekali juga bermain berhampiran dinding sebuah rumah berhampiran, sesekali ia mengacah-ngacah lubang di bawah tangga sebelah 'corner lock' rumah tersebut.

Sambil bermain-main, tiba-tiba keluar sebuah makhluk bersaiz dua kali ganda dari anak kucing tersebut lalu bertembung. Anak-anak kucing secara tabi'ie, seperti yang disusun atur satu kuasa mengcengkam kuku kakinya keluar sambil membengiskan mukanya serta mengeluarkan bunyi "Grrrrrgh" ke arah tikus yang besar itu. Tikus itu dari awal sejak terkejut bertembung dengan anak kucing itu terus berlari tidak tentu arah ke arah pagar.

Terlihat tikus sedang berlari di halaman, burung hantu telinga pendek tanpa membuang masa, menguakkan sayapnya terjun sepantas kilat terbang mencari mangsa. Penantian penuh sabar tidak harus dibazirkan.

Tikus itu melajukan lariannya tatkala sedar datangnya mangsa.

Burung hantu telinga pendek mengubahkan kedudukannya hanya dua hingga tiga kaki dari tanah dan dalam masa yang sama mengeluarkan kakinya untuk menukik tikus tersebut.

Tikus yang sedar akan bahaya yang menimpa meneruskan berlari dan berhenti dalam barang antara satu hingga dua saat. Tiba-tiba bergerak secara mengejut ke kanan dan terpelanting sedikit setelah terkena kuku kaki burung hantu telinga pendek. Walaupun cedera, ia selamat pada kali ini.

Burung hantu telinga pendek tadi jatuh dan terbabas di atas tanah dek gagal menangkap tikus tersebut. Badannya sakit dan sayapnya terlipat menyebabkan ia sakit dan memerlukan masa untuk bangkit.

Tikus yang dalam keadaan cedera meneruskan jalannya, perlahan dan senget-senget, cuba sedaya upaya. Tiba-tiba badannya terasa diangkat dan tanah semakin menjauh dari pandangan. Perutnya yang buncit itu senak ditekan oleh kaki burung. Kemudian, terasa badannya terlayang-layang dan jatuh terhempap ke atas bumbung.

Burung hantu kubur atau lebih dikenali dengan nama burung pungguk jelapang oleh Orang Melayu mendarat dan melakukan patukan membunuh di tengkuk tikus itu. Tamatlah hidup, berhenti berdegup jantung, tiada lagi sakit.

"Waaaowk, waaaaowk." Kuat jeritan burung pungguk jelapang, seperti bergembira mendapat habuan besar dan berjaya menewaskan musuh tradisinya, burung hantu telinga besar. Menurut cerita orang-orang tua. Dua jenis burung ini sering bertelinkah berebut kemegahan.
*******
'Waowk, waowk.' Bunyi punggok itu kedengaran samar-samar dari dalam bilik sebuah rumah. Kelihatan penghuninya sedang membelek sebuah buku seakan-akan diari bergambar.

Terdapat sebuah rangkap yang terulis pada gambar itu.

"I've seen freedom and justice,
I've just found pain and hate,
Here is just the shame of human being,
Open your eyes, open your hears,
Are you hear this? FREEDOM!"

'Waowk, waowk.' Bunyi punggok itu berbunyi kembali, orang muda itu mendengus lalu buku dikatupnya. Lalu diselakkan langsir, matanya merenung langit.
Langit pada malam itu cukup indah, jendelannya yang menghadap ke selatan membolehkan dia merenung pelbagai objek di angkasa malam itu.

Bulan yang paling terang. Berdekatan bulan dua buah planet yang masyhur, planet Marikh dan satu lagi dia lupa namanya. Kedudukan bulan malam itu dalam wilayah Scorpius, turut bersinar-sinar terang berwarna merah, alpha Scorpius, Antares namanya, bintang paling terang dalam daerah buruj Antares.

Langsir ditutup, dia harus tidur.

Sudah terbiasa dan seakan-akan ada jam, jam 3 pagi mesti dia tersedar dari tidur. Tidurnya kadang-kadang dihiasi mimpi indah, ada juga dihambat igauan-igauan misteri. Malam itu tidurnya kosong. Dia mengankat badanya, kakinya masih lagi diatas katil. Dia toleh ke kiri, melihat meja bacaannya, kelihatan diari gambar yang dibacanya sebelum tidur tadi. Kelihatan juga, susunan buku yang kemas dan rapi. Kecuali ada satu buku yang terkeluar sedikit dari susunan tersebut. Buku tulisan Hannah Bradby-Media Sociology.

Tatkala bangun, terus dicapai tuala dan ke bilik mandi. Selesai. Pakaian serba hitam dipakai. Hitam, gelap, kelam, lambang keunggulan. Malah, juga lambang kejahatan.
Baju hitam berlengan panjang, jeans hitam, kasut hitam. Hitam yang melitupi badannya, hanya bahagian kepala dan tapak tangan sahaja terdedah.

"Tap, tap, tap" bunyi langkah kaki seseorang berjalan. Kemudian hilang. Khali seketika.
'Ahh'. Bentak hatinya, mungkin masih lagi mamai kata hatinya, bunyi tadi tidak diendahkan. Kemudian terus keluar dari rumahnya. Itulah rutin harian. Bangun jam 3 pagi, bersiap dan keluar dari rumah.

*******

Hampir seratus meter dia berjalan menjauhi rumahnya, dia cuba menoleh ke belakang menjenguk rumahnya. Entah mengapa, hatinya berasa tidak sedap hati, bukan seperti kebiasaannya.

Saat dia berpusing dan menoleh ke rumahnya, ada kelibat dua orang keluar dan menjauhi rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.

Terjejut dengan keadaan itu, dia terus berlari sepantas kilat, kabur antara pilihan mahu mengejar kelibat itu atau cuba silidik dahulu rumahnya.

'Rumah lagi penting' bentak hatinya. Sejurus itu juga kakinya terus berlari menuju ke rumahnya,.

Dalam jarak 20 meter dari rumahnya.

"Booom". Rumahnya meletup, letupan yang kuat hingga menolak dia kebelakang, terpelanting, dan jatuh tersentak kepalanya.

Dia cuba bangun, tetapi kudratnya yang cergas tadi itu sudah hilang. Dalam samar-samar cahaya api rumahnya yang terbakar, nampak kelibat dua orang tadi datang ke arahnya, di tangan salah seorang daripada mereka kelihatan seperti memegang kayu.
Objek seperti kayu itu seperti dihayun mendekati kepalanya.

Beberapa ketika sahaja. Penglihatannya padam.

Gelap.

Pengsan.

Read more...

Ke Arah Pendidikan Percuma di Peringkat Sekolah

Sunday, March 16, 2014

Oleh: Ahmad Ashraf Azhar

Ulung ilmuan ada bermadah bahawa pendidikan itu adalah proses yang memanusiakan manusia. Menjadikan seseorang manusia itu sebagai seorang manusia yang penuh nilai-nilai kemanusian memerlukan sebuah usaha yang jitu. Ia mesti datang dari usaha yang menyeluruh termasuklah keluarga, jiran-jiran, komuniti, kerajaan hinggalah kepada individu itu sendiri. Kenapa saya bercakap begini? Ini kerana pendidikan itu targetnya adalah kepada individu walaupun ia dibuat secara kolektif yang skala besar seperti kelas, dewan kuliah, madrasah-madrasah tetapi manfaat akhirnya adalah individu yang akan lahir dari sebuah proses (pembentukan) yang panjang.
Konvensyen Pendidikan
Sabtu 21 Disember 2013, Teach for The Need (TFTN) telah menganjurkan Konvensyen Pendidikan Ke-2 TFTN dengan tema ‘Pendidikan Cinta – Demi Masa Depan Malaysia’. Falsafah ‘cinta’ dalam pendidikan adalah perkara yang susah untuk dipisahkan, bayangkanlah seorang quru yang tekad mendidikan anak murid mereka, mana mungkin tiada cinta dalam hati untuk melihat anak muridnya kelak berjaya, menjadi manusia yang berguna pada diri, membawa rahmat pada keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat yang terbanyak.

Read more...

Conquest of Putrajaya: Analisa ringkas pengundi Gombak

Tuesday, March 26, 2013


Hujung minggu lalu sempat berjumpa beberapa pengundi di Gombak.

Sebahagian besar pengundi Melayu yang berumur 40 tahun ke atas susah nak bertukar  parti pilihan mereka. Mereka mempunyai hujah yang kuat dari latar sejarah, terutama yang sempat melihat peristiwa 13 Mei dengan mata mereka sendiri.

Tidak menolak mereka juga amat sentimental kepada Bangsa Melayu sehingga takut untuk mengundi DAP kerana bimbang DAP akan perintah negara bila mentadbir kelak, waima ada PAS (wakil Melayu) dalam PR, mereka masih takut kerana tidak yakin PAS dapat mendominasi PR.

Berbeza pula pengundi muda (21-30 tahun), mereka amat cenderung kepada PR, walaupun tidak dinafikan ada beberapa perkara yang tidak puas hati terhadap PR di Selangor, tetapi bagi mereka "PR is better than BN".

Bilamana ditanya siapakah yang sesuai di Putrajaya, golongan Melayu 40  tahun ke atas, mereka mahu BN, golongan muda pula tiada masalah untuk mencuba PR.

DAKWAH ISLAM

Ada seorang maestro dakwah yang juga berpencak di medan politik. Katanya;
'Khabarkan kepada masyarakat perihal Islam, kemudian mereka dengan sendiri akan minat kepada organisasi politik Islam'.

Pernah saya saksikan sendiri, sekumpulan pengundi yang berumur lebih 60 tahun yang duhulunya setia kepada BN, tetapi bila didedahkan dengan ilmu2 Islam, selalu menghadiri kuliah agama, lama kelamaan mereka tiada masalah untuk mengundi PAS.

Sekian.

Read more...

Pinang-pinang si buah pinang

Monday, December 10, 2012


Pinang-pinang si buah pinang,
Bagai pinang dibelah dua.

Pinang-pinang si buah pinang,
Sangkutlah tinggi hajat pada Pencipta.

Pinang-pinang si buah pinang,
Pinangan ditolak sang dewasa.

Pinang-pinang si buah pinang,
Si pemudi usahlah kecewa.

Pinang-pinang si buah pinang,
Si pemuda usahlah putus asa.

Pinang-pinang si buah pinang,
Mari bersama menatapi alam buana.

Pinang-pinang si buah pinang,
Usah kecewa, usah putus asa, tapi carilah daya usaha.

Pinang-pinang si buah pinang,
Kita manusia, direzekikan kudrat untuk berusaha.

Selagi hayat ada, selagi itu hidup daya usaha,
Pinang-pinang si buah pinang,
Cerita seorang hamba.

Ashcroftstylus,
Subuh,
Mahallaat Siddiq,
26 Muharram 1434 H.

Read more...

[MARS vs VENUS & CORPUS COLLOSUM]

Sunday, October 21, 2012




CORPUS COLOSSUM adalah sebuah saraf halus yang menghubungkan otak hemisfera kanan dan otak hemisfera kiri. Peranannya amat penting untuk menstabilkan tindakan otak hemisfera kiri dan otak hemisfera kanan kita, juga tindakan yang melibatkan fizikal.

Jika CORPUS COLLOSUM dibuang daripada otak seseorang akibat barah atau penyakit yang berkaitan [wal-'iyya-zubilla
h, mintak kita selamat semua] seseorang tersebut tidak dapat mengawal pergerakan fizikalnya. Contoh: Tangan kanan mahu menampar pipi sendiri, tangan kiri bertindak mempertahankan tindakan kasar tersebut.

Berkaitan hubungkait dengan MARS dan VENUS. Dr Roger Gorski, Uni. California, LA mengesahkan bahawa CORPUS COLLOSUM perempuan lebih tebal daripada lelaki, juga 30% lebih banyak bersambung otak mereka berbanding lelaki.


Ini juga menjadi bukti perempuan adalah good 'multi-tasker' berbanding lelaki.


Contoh: 


1- Ibu saya ketika memasak boleh bercakap dengan saya, boleh mendengar radio. Ibu saya melakukan 3 perkara dalam masa yang sama.


2- Saya, sebagai lelaki, jika memasak, bukan tidak boleh dalam masa yang sama bercakap, tetapi respon itu tidak sesegera respon orang perempuan. Lelaki memerlukan fokus pada satu-satu kerja mereka lakukan. Contoh lagi, pernah saya mencuba, menaiki basikal senaman sambil membaca buku, jika di awal2 tiada masalah sebab otak saya mengawal dua2 perbuatan dengan sedar 'conscious'. Bila dah leka, seronok berbasikal atau seronok membaca, penumpuan saya hanya pada satu sahaja. Ketika ini saya sudah memasuki fasa 'unconsciuos'. Setelah beberapa ketika barulah saya sedar, basikal saya berhenti kayuh dan buku saya sambung baca.


So mesti anda yang membaca dapat kaitkan dengan pengalaman sendiri, mungkin pemerhatian pada sibu/ayah/uami/isteri/kawan anda sendiri.


Itulah kelebihan perempuan berbanding lelaki, tetapi apa pula kelemahan perempuan? Hehehe.


Antara kelebihan CORPUS COLLOSUM lelaki kecil berbanding perempuan adalah lelaki dicipta khusus untuk melakukan sesuatu perkara dengan fokus.


Kelemahan perempuan disebabkan CORPUS COLLOSUM mereka yang kecil adalah mereka susah untuk mengenalpasti arah kiri atau kanan disebabkan mereka sentiasa 'multi-tasking' menggunakan kedua2 tangan ketika bekerja. Kajian menunjukkan 50% wanita susah untuk mengenalpasti arah kiri atau kanan tanpa adanya penanda arah seperti cincin di jari kiri.



So, jangan marahlah jika MARS jika tidak mendengar, bukan tidak mendengar sebenarnya. So, VENUS terimalah anda sukar membaca peta.

Read more...

Due Date & Kahwin: Masa untuk serius

Friday, October 19, 2012





Masih teringat kecik2 dulu, Mama sebut someword mcm 'DUE', beberapa hari selepas tu tnyla, "DUE tu gapo?" Mama jawab, "Due tu tempoh nok beranok ko adik la." "Oooo", melopong separa paham.

Bila dah besar DUE DATE sebenarnya Mama nak cakap.

Seiring zaman, kita membesar, memang DUE DATE amat penting. Di sekolah, DUE DATE untuk SPM diberikan beberapa bulan awal. Dengan itu, kita akan memperlengkapkan sebaik mungkin bagi menghadapi DUE DATE tersebut.

Begitu juga orang yang nak beranak (melahirkan anak), mestilah katil untuk anak dibeli, juga bilik baru untuk ahli keluarga baru, lagi2 penting, persediaan mental si ibu untuk menghadapi kerenah anak. Si suami pun sama berfikir mengenai plan ekonomi keluarga yang baharu.

Jika kita sekarang, diberi tugasan subjek, tanpa DUE DATE, siapkah kita? Saya yakin amat sikit yang siap. Saya juga yakin, semua lecturer akan bagi DUE DATE untuk mana2 tugasan akademik, dengan cara itu, barulah dapat jika tingkatkan usaha untuk meletakkan diri kita pada level seterusnya.

So, untuk kita naik, maju ke peringkat/level seterusnya. Kita mesti belajar daripada DUE DATE.


Contoh yang jelas saya nampak, terutama kawan2 sekitar saya.

Ada seorang kawan, bila dia dan tunangnya telah tetapkan tarikh nak berkahwin. Saya lihat mereka semakin serius bercakap masa depan hidup.

-Serius bercakap tentang perancangan
-Serius bercakap mengenai 'study plan'
-Serius bercakap tentang'bussiness part-time'
-Serius bercakap tentang adab antara orang muda orang tua

Pokoknya, mereka sentiasa serius, IBADAH mereka juga semakin khusyuk.

Sekian.

Jumaat di Kota Bharu, hujan pagi sampai ke petang.


Read more...

Playwork - Profesion baru bidang kebajikan.

Friday, October 12, 2012


[PENDIDIKAN KANAK2]

Habis baca. Mick Conway - Professional Playwork Practice

Play-work, satu bidang baru dalam mendidik kanak2. Memang lumrah kanak2 suka bermain, berilah apa sahaja, letaklah dimana, mesti ia akan bermain.

BERMAIN adalah cara yang terbaik untuk membina imaginasi, membina disiplin, membina keyakinan kendiri kanak2.

Ketika zaman 'haunting gathering', untuk bermain tiada masalah
kepada kanak2. Tetapi disebabkan pembangunan, keselamatan sosial yang tidak menjamin, kanak2 jarang bermain diluar rumah atau jarang mendapat kebenaran diluar rumah.

Sebab itulah bidang kerja play-work diasaskan. Salah satu tujuan, untuk memantau kanak2 bermain secara sistematik.

Jerome Bruner mengatakan, ciri yang paling utama bermain (samada kanak2 atau dewasa) adalah bukan isi permainan, tetapi bagaimana ia dimainkan.

Sebab itu tanggapan bahawa permainan itu satu aktiviti perlu ditukar kepada permainan adalah satu pendekatan.

Bayangkan seorang kanak2 yang menggali lubang. Ya, memang mereka semata-mata menggali lubang. Mungkin pada pendapat kanak2 tersebut, adanya harta karun, mencari cacing, atau semata-mata mahu menabur-nabur tanah. Itulah imaginasi kanak2.

Ianya betul2 bergantung bagaimana seorang dewasa melihat perkara itu.


Read more...

Penakrifan Thiqoh dalam Kepemimpinan.

Tuesday, September 11, 2012


Percaya atau thiqah di sini bermaksud kepercayaan seseorang tentera
(jundi) yang mendalam terhadap kemampuan dan keikhlasan
pimpinannya sehingga menimbulkan rasa kasih, menghargai,
menghormati dan memberikan ketaatan yang penuh kepadanya.


Penakrifan seperti di atas adalah yang langsung diambil daripada teks Apa Ertinya Saya Menganut Islam, karangan Sheikh Fathi Yakan.

Pada zaman ini, perkataan THIQOH banyaknya digunakan oleh golongan yang berpendidikan agama, seperti sekolah2 agama, maa'had2, sekolah tahfiz, dan juga oleh mahasiswa2 yang bergerak aktif dengan persatuan2 Islam di kampus2 di Malaysia.

Read more...

LM 2020 - Bahasa Melayu Lanjutan - Sesi 1

Monday, September 10, 2012



Kelas hari ini adalah sesi pengenalan, pelajar yang datang hanya 4 orang, mungkin masih ramai lagi tersangkut dengan 'add-drop'. Tapi ada juga budaya tidak bagus, iaitu menganggap hari pertama kelas tidak bermula, dan lebih baik rehat (lepak) di hostel.

Hari ini cikgu hanya membentangkan secara ringkas perjalanan subjek, subjek ini amat susah, sem lepas paling tinggi dapat A-, itu pun hanya seorang, rata2 mendapat B.

Kelas  hari ini sekejap sahaja, tidak lebih 15 minit.

Apa yang dapat dicatat hari ini adalah, untuk berkualiti, seseorang itu mesti:

Read more...

Ustaz Hanafi - Tanyalah Ustaz 29 Ogos 2012 [Nota]

Wednesday, August 29, 2012



Petua untuk ibu mengandung
Mengandung makan manis banyak2, anak jadi demam kuning.

Mengandung makan masam banyak, anak jadi pelupa.
Apa yang dimakan, dilakukan akan mengalir ke dalam jantung anak.

Cara mendidik anak solat
Mendidik anak solat, haruslah dengan ajak dan ajar. Kita ajak solat, kita ajarkan. Mestilah bermula ketika anak kecil.

Mahukan anak rapat dengan ibubapa
Bersembang dengan anak mesti pandai, carilah waktu. Tambat hati anak dengan rumah dengan ambil perhatian pada mereka. Jika kecil memerlukan perhatian, ketika besar lagi perlukan perhatian.


Mendidik anak
Ajar anak bukan betul salah sahaja, tapi kaitkan dengan dosa dan pahala. Neraka Syurga. Neraka tidak cukup sekadar cakap "Api-api, Panas-panas" Tetapi mesti dijawab dengan ilmu sebenar.

Selain Dosa Pahala Syurga Neraka, ajarlah juga anak dengan Falsafah. Contohilah Lukman Hakim mengajar anak falsafah. Contoh, minta anak asah belakang parang, bila dah tajam dan siap pekerjaan itu, beritahulah anak, "Belakang parang jika diasah lagikan tajam, ini pula diri kamu yang diperlengkapkan akal."

Sekolah, maahad tahfiz adalah tempat mengajar anak-anak, tapi pendidikan sebenar adalah dari rumah.

Petuan eratkan hubungan
Peluk dan puji adalah petua mengeratkan hubungan.



Read more...

Cerita untuk DS Anwar Ibrahim

Sunday, August 26, 2012

‎[Perlumbaan KERETAPI]

Perlumbaan yang panjang dan lama.

Ada sebuah keretapi yang dipecut oleh TIGA enjin serentak yang bergabung.

Setiap enjin sudah ada kekuatan dan kelebihan masing-masing dalam membawa matlamat perjalanan mereka menuju kemenangan.

Tapi kadang-kadang, perjalanan mereka terbantut kerana, track perjalanan lawan mereka kawal, kadang2 lawan mereka melontar peluru-peluru supaya perjalanan mereka perlahan dan ketinggalan untuk membalas balik.

Para penumpang yang bersama-sama dipandu TIGA enjin ini kadang-kadang rasa bimbang ada sebahagian orang yang menggerakkan enjin ini bertikam lidah, tidak sepakat atas perkara muafakat.

Penonton juga kadang2 boring dan rasa seperti tidak kisahkan lagi siapa menang perlumbaan itu kerana dua2 sama sahaja.

Justeru, kepada tuan kemudi TIGA enjin itu, saya minta supaya, nasihatkan orang-orang penggerak enjin-enjin itu supaya terus bersepakat atas perkara sepakat dan bersetuju atas perkara tidak bersetuju, kurangkan pertelingkahan sesama sendiri.

Yang penting, gabungan TIGA enjin ini mesti menang perlawanan pusingan ke-13 ini.











Read more...

Fetih 1453 : 1 : Permulaan Ulasan

Wednesday, August 08, 2012


Peygamber efendimiz buyurdu ki;


Constantinople elbet bir gün fetih olunacaktýr.

Onu fetih eden kumandan ne güzel kumandan,

...onun askeri...

...ne güzel askerdir.




Telah bersabda Nabi kita saw;




Akan dibebaskan kota Konstantinopel itu,

Sebaik-baik raja itulah rajanya,

...sebaik-baik tentera...

...itulah tenteranya.

Assalamua'laikum.



Sememangnya jika kita berbicara mengenai Sultan Muhammad al-Fatih, kita tidak dapat lari daripada menyebut hadis di atas yang telah direkodkan oleh Imam Ahmad. Hadis ini telah dilafazkan oleh Rasulllah saw semasa baginda menggali parit Khandaq.



[1] Sultan Muhammad al-Fatih, atau dalam bahasa Turki dipanggil Fetih Sultan Mehmed adalah sultan kelapan Empayar Uthmaniyyah. Digelarkan al-Fatih kerana beliau yang membebaskan Kota Konstantinopel dari cengkaman Maharaja Konstantin XI.


Lada Sicupak,  Kecamatan Peureulak Kota, Aceh Timur

[2] Pertama sekali saya mengenali kisah ini ketika saya menonton Jejak Rasul 11, yang membawakan tema 'Sicupak Dari Istanbul'. Sicupak atau 'Lada Sicupak' adalah meriam diberi oleh Khalifah Uthmaniah Sultan Sulaiman kepada Sultan Acheh sebagai senjata pertahanan kerana Nusantara pada waktu itu mengalami serangan Portugis. 

Read more...

Resensi: Intelektual Masyarakat Membangun

Tuesday, July 24, 2012

Resensi oleh: Hafs Hasbi
Hanya point2 penting diambil, untuk memudahkan rujukan.


Tajuk : Intelektual Masyarakat Membangun
Penulis : Syed Hussein Al-Atas
Tahun : Cetakan Kedua bahasa Melayu, 2009
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka








Pengenalan

- Oleh sebab situasi krisis yang meluaskan peluang intelektual itu jarang terjadi, maka kaum intelegensia atau intelektual yang tidak berfungsi didesak oleh dorongan untuk bertindak membentuk kelompok yang berfungsi. Kaum intelektual dilahirkan melalui proses tersebut dan tanpa peranan golongan intelektual akan sia-sialah untuk mengharapkan pemilihan persoalan serta penyelesaiannya secara cerdas dan sedar bagi masalah yang dihadapi masyarakat membangun. Pada tahap tersebut, masalah yang utama bukanlah memilih system pemerintahan atau falsafah politik yang tertentu, tetapi cabaran untuk memiliki masyarakat pemikir yang bersedia membuat pilihan ini. (m/s xxii)
- Dalam kebanyakan masyarakat membangun, idea-idea politik diimport sepenuhnya tanpa mempertimbangkan kesesuaian atau perlu-tidaknya diubah suai mengikut lingkungan yang akan menerimanya. (m/s xxii)

Bab 1 : Latar Belakang Malaysia : Catatan Peribadi

- Faktor kekurangan intelektual dijelaskan kepada tiga iaitu institusi pendidikan negeri yang tidak diarahkan untuk melahirkan manusia kreatif sebaliknya hanya penyediaan sijil, institusi kekeluargaan yang tidak mempunyai minat terhadap intelektual dan kelembaman yang lazim dalam kalangan warga terdidik digabungkan dengan sifat puas diri yang besar menyebabkan tumpulnya minat intelektual. (m/s 1 & 2)
- Syarat mengembangkan rasa kebangsaan melalui integrasi nasional adalah melalui kepimpinan yang efektif dari sekelompok intelektual yang berfungsi dari dunia pemikiran dan penerimaan masyarakat terhadap standard pemikiran yang sentiasa meningkat agar mereka sentiasa teliti dalam memilih gagasan dan kepemimpinan. (m/s 3)
- Abdullah Munsyi mengkaji tentang kemunduran bangsa Melayu dalam ekonomi melalui cerita perjalanannya ke Kelantan. Dalam analisis beliau tentang punca kebekuan ekonomi masyarakat Melayu, beliau menyalahkan masyarakat feudal Melayu; mutu pentadbiran serta penindasan dan keserakahan kaum bangsawan yang berkuasa. Golongan rakyat biasa takut untuk mengumpulkan kekayaan disebabkan besar kemungkinan akan disita oleh penguasa-penguasa dan samseng-samsengnya. Abdullah memuji zaman kekuasaan British di Singapura di bawah pemerintahan Stamford Raffles yang memperkenalkan jaminan keamanan hidup dan hak pemilikan. (m/s 8)

Read more...
ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP